Rawatan ubat untuk berhenti merokok semasa mengandung

Merokok semasa mengandung membahayakan wanita dan bayi. Wanita yang terus merokok semasa mengandung secara umumnya adalah dari golongan miskin dan kurang berpendidikan serta mungkin ibu tunggal ataupun mempunyai suami yang merokok.

Ubat-ubatan yang membantu dalam pemberhentian merokok termasukl terapi penggantian nikotin (NRT), bupropion dan varenicline. Rokok elektronik (E- rokok) mengandungi nikotin dan ia digunakan oleh sesetengahperokok untuk membantu mereka mengelakkan merokok. Keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan untuk memberhentikan merokok dan e-rokok adalah tidak diketahui. Ulasan ini telah mengemas kini bukti-bukti atas keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan untuk berhenti merokok atau e-rokok apabila digunakan semasa mengandung dan mendapati 9 kajian rawak yang melibatkan sebanyak 2210 wanita. Kajian-kajian telah menguji NRT yang digunakan bersama sokongan tingkah laku (kaunseling) selain daripada satu kajian bupropion yang kecil yang melibatkan 11 wanita sahaja. Bersama-sama, kajian-kajian telah menunjukkan bukti berhampiran yang mencadangkan NRT bersama dengan sokongan tingkah laku mungkin dapat membantu wanita dalam berhenti merokok pada lewat kandungan. Tetapi, apabila kajian-kajian plasebo terkawal yang lebih berkualiti, telah dianalisakan, NRT didapati tidak lagi lebih berkesan daripada plasebo.

Tiada bukti mencukupi yang didapati untuk membuat kesimpulan atas kesan positif atau negatif NRT pada kadar keguguran, kelahiran mati, kelahiran tidak cukup bulan (kurang daripada 37 minggu), berat badan kelahiran rendah (kurang daripada 2500g), kemasukan bayi ke penjagaan rapi neonatal atau kematian neonatal atau sama ada ini akan mempengaruhi purata berat badan kelahiran dalam kalangan bayi. Tetapi, dalam satu kajian dimana bayi diperhatikan sehingga umur 2 tahun, bayi yang dilahirkan kepada wanita yang mendapat NRT secara rawak lebih cenderung mempunyai perkembangan yang baik.

Kesan-kesan sampingan yang diperhatikan dengan NRT termasuk sakit kepala, loya dan reaksi lokal (seperti kerengsaan kulit daripada tampalan ataupun rasa busuk daripada gam).

Kajian-kajian yang melaporkan kepatuhan kepada ubat mendapati bahawa ubat ini kurang dipatuhi dan majoriti peserta tidak menggunakan sebahagian besar NRT yang ditawarkan atau dipreskripsikan kepada mereka.

Bukti kajian yang lebih adalah diperlukan; secara khususnya, kajian plasebo terkawal yang menguji dos NRT yang lebih tinggi, menggalakkan kepatuhan yang lebih tinggi serta mengikuti perkembangan bayi sehingga ke zaman kanak-kanak amat diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save