Intervensi untuk tophi pada gout

Latar belakang: Apakah tophi dan apakah intervensi yang digunakan?

Gout disebabkan oleh urat krstal yang terbentuk sama ada di dalam atau di sekitar sendi. Keradangan ini boleh menyebabkan rasa sakit, kemerahan dan bengkak pada sendi yang terlibat dan ini menyebabkan kawasan yang terlibat sukar untuk disentuh atau digerak. Antara sebab-sebab mengapa orang mengalami gout adalah termasuk faktor genetik, berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu (contohnya: cyclosporine), mempunyai fungsi buah pinggang yang terjejas dan gaya hidup seperti minum alkohol dan minuman bergula secara berlebihan. Tophi adalah nodul yang terbentuk dikalangan orang yang mempunyai gout kronik yang tidak dirawat atau terkawal. Tophi boleh dijangkiti, menyebabkan kesakitan dan seterusnya mengurangkan fungsi. Tophi boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang mengurangkan asid urik (e.g. benzbromarone, probenecid, allopurinol, febuxostat, pegloticase), pembedahan atau intervensi lain seperti hemodialisis. Pembedahan boleh dilakukan apabila pembuangan tophi diperlukan dengan segera, sebagai contoh, untuk melegakan pemampatan saraf.

Ciri-ciri kajian

Ini adalah ringkasan daripada ulasan Cochrane yang menunjukkan intervensi bagi pengurusan tophi. Selepas mencari semua kajian yang relevan sehingga Mei 2013, kami mendapati hanya satu kajian (keputusan dikumpulkan daripada dua kajian terkawal rawak (kajian klinikal dimana peserta dimasukkan kepada salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan secara rawak)) yang membahagikan 225 peserta secara rawak dalam kumpulan pegloticase (setiap dua minggu (dua kali seminggu) atau bulanan) atau plasebo, dalam pengurusan gout kronik. 145 orang peserta mempunyai tophi dan 131 orang perserta meyumbang pada data hasil.

Keputusan Utama: Apa yang berlaku kepada orang yang mempunyai tophi yang dirawat dengan pegloticase dua kali seminggu atau bulanan berbanding dengan plasebo?

Resolusi tophi

-Lebih 33 peserta daripada 100 peserta mempunyai resolusi satu atau lebih tophi selepas rawatan selama enam bulan dengan pegloticase dua kali seminggu berbanding dengan plasebo (peningkatan mutlak 33%).

-Lebih 14 peserta daripada 100 peserta mempunyai resolusi satu atau lebih tophi selepas rawatan selama enam bulan dengan pegloticase secara bulanan berbanding dengan plasebo (peningkatan mutlak 14%).

-Lebih 40 peserta daripada 100peserta dalam kumpulan pegloticase dua kali seminggu mempunyai resolusi satu atau lebih tophi.

-Lebih 21 peserta daripada 100 peserta dalam kumpulan pegloticase secara bulanan mempunyai resolusi satu atau lebih tophi.

-Lebih 7 peserta daripada 100 peserta dalam kumpulan plasebo mempunyai resolusi satu atau lebih tophi.

Hasil lain adalah untuk semua peserta, dan tidak memisahkan mereka yang mempunyai tophi. Oleh itu, kami tidak melaporkan hasil-hasil yang lain dalam ulasan ini. Walau bagaimanapun, kami melaporkan peserta yang menarik diri daripada kajian kerana kesan sampingan untuk seluruh kumpulan. Kebanyakan penarikan diri adalah disebabkan oleh kesan sampingan akibat infusi ubat.

Penarikan diri oleh peserta disebabkan kesan-kesan sampingan

-Lebih 16 peserta daripada 100 peserta menarik dri daripada rawatan dengan pegloticase dua kali seminggu berbanding dengan plasebo (penarikan diri 16%).

-Lebih 17 peserta daripada 100 peserta menarik dri daripada rawatan dengan pegloticase secara bulanan berbanding dengan plasebo (penarikan diri 17%).

-18 peserta daripada 100 peserta menarik dri daripada rawatan dengan pegloticase dua kali seminggu kerana kesan sampingan.

-19 peserta daripada 100peserta menarik dri daripada rawatan dengan pegloticase secara bulanan kerana kesan sampingan.

-2 peserta daripada 100 peserta menarik dri daripada rawatan dengan plasebo kerana kesan sampingan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti yang sederhana menunjukkan bahawa rawatan pegloticase dua kali seminggu atau bulanan mungkin membantu resolusi satu atau lebih tophi. Walau bagaimanapun, ini perlu dipertimbangkan dengan kadar penarikan diri yang tinggi akibat daripada kesan sampingan, yang kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan dalam tindak balas infusi. Kadar pengurangan kesakitan, kualiti hidup, normalisasi urat serum dan fungsi tidak dilaporkan secara berasingan untuk peserta dengan tophi. Bukti-bukti yang didapati diturunkan kualitinya kerana keputusan yang tidak tepat. Kajian-kajian yang lebih lanjut mungkin boleh mengubah keputusan tersebut.

Kami tidak mengetahui sama ada intervensi lain, termasuk pembedahan, adalah berkesan, kerana kami tidak mendapat ujian terkawal rawak yang menilai intervensi yang lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University).Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my atau chanmw@pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save