Kaedah bersemuka untuk memberikan informasi atau mendidik ibu bapa tentang vaksinasi awal kanak-kanak

Soalan ulasan

Ulasan Cochrane ini bertujuan untuk mencari sama ada kaedah bersemuka dalam memberikan maklumat atau pendidikan kepada ibu bapa akan meningkatkan status imunisasi, pengetahuan atau pemahaman ibu bapa tentang vaksinasi, sikap atau kepercayaan tentang vaksinasi, atau niat untuk memberi vaksinasi kepada kanak-kanak. Kami juga mencari bukti mengenai kesan negatif daripada intervensi seperti keresahan, dan bukti berkaitan kos intervensi dan pengalaman ibu bapa mengenai intervensi tersebut.

Ini adalah kemaskini satu ulasan asal yang diterbitkan pada tahun 2013. Dalam kemaskini ini, kami menemui empat kajian baru menjadikan kesemuanya sepuluh kajian.

Latar belakang

Vaksinasi awal kanak-kanak merupakan satu cara yang penting dan berkesan untuk mengurangkan penyakit dan kematian kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat ramai kanak-kanak yang tidak menerima vaksin yang disyorkan ini kerana ibu bapa atau penjaga mereka tidak tahu mengapa vaksinasi adalah penting, tidak mengerti bagaimana, di mana atau bila untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka, atau mempunyai kebimbangan tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin itu sendiri.ana, di mana atau bila untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka, atau mempunyai kebimbangan tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin itu sendiri.

Salah satu cara untuk memberitahu atau mendidik ibubapa tentang vaksinasi adalah melalui kaedah perbincangan bersemuka, antara individu atau dalam kumpulan. Strategi ini boleh digunakan dan diadaptasi dalam apa-apa situasi.

Ciri-ciri kajian

Kami melibatkan kajian yang diterbitkan sehingga Julai 2017. Kami menjumpai sepuluh kajian dengan jumlah 4527 peserta yang dikaji kesannya daripada kaedah informasi atau pendidikan secara bersemuka terhadap ibu bapa. Tujuh kajian tersebut adalah dari negara-negara berpendapatan tinggi manakala tiganya daripada negara berpendapatan rendah atau sederhana. Kaedah yang digunakan melibatkan sesi pendek (bawah sepuluh minit) dan panjang (15 minit sehingga beberapa jam), yang diberi kepada ibu bapa yang baru mendapat anak atau sudah mengandung.

Keputusan utama

Kami menganalisasi data tentang kesan informasi atau pendidikan secara bersemuka terhadap tujuh pencapaian yang berbeza. Menurut kajian yang terlibat, maklumat kesan informasi atau pendidikan secara bersemuka mungkin meningkatkan status imunisasi kanak-kanak, dan mungkin meningkatkan pengetahuan ibu bapa atau pemahaman mereka tentang vaksinasi, dan mungkin meningkatkan niat ibu-bapa untuk memberi vaksinasi kepada anak-anak. Kesemua kaedah ini telah memberi sedikit atau tiada perbezaan dalam sikap ibu bapa atau kebimbangan berkaitan dengan kaedah itu sendiri. Hanya satu kajian yang menilai kos bersemuka. Dalam ulasan ini, kos untuk memberi imunisasi sepenuhnya bagi seorang kanak-kanak adalah lapan kali kos penjagaan biasa, tetapi intervensi tersebut adalah kompleks, dan kajian ini agak lama, dan tidak boleh digunakan secara umum. Tiada kajian yang menilai kepuasan ibu bapa terhadap kaedah bersemuka.

Kepastian bukti

Kami mendapati kepastian bukti sebagai sederhana untuk pengetahuan atau pemahaman ibu bapa, dan rendah untuk semua pencapaian lain. Kami juga menurunkan tahap kepastian bukti di mana kajian telah dinilai mempunyai isu berat sebelah daripada sumber yang berbeza (misalnya cara para peserta ditentukan kepada kumpulan kajian), di mana terdapat banyak variasi dalam keputusan atau anggaran yang kurang tepat, atau di mana kami mempunyai waswas tentang pilihan keputusan.

Kesimpulan

Ulasan ini mencadangkan bahawa mesej pendidikan yang menumpukan imunisasi mungkin mencukupi untuk meningkatkan liputan vaksinasi dan, pada darjat kecil, boleh meningkatkan pengetahuan, terutamanya di mana kesedaran adalah penghalang kepada vaksinasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathan.teoh26@gmail.com

Tools
Information
Share/Save