Pemakanan suplemen untuk kanak-kanak berumur tiga bulan ke lima tahun: adakah ia dapat menambahbaik kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka?

Latar belakang

Malnutrisi merupakan salah satu penyebab mortaliti kanak-kanak; Ia menyebabkan kematian kanak-kanak lebih daripada tiga juta dalam tahun 2011. Selain itu, ia boleh menyebabkan risiko jangkitan yang lebih tinggi, kekurangan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan juga prestasi sekolah, dan penyakit kronik apabila dewasa. Oleh itu, bukti-bukti tentang keberkesanan intervensi nutrisi pemakanan untuk kanak-kanak kecil merupakan asas yang penting; bukan sahaja untuk kerajaan, pembiayaan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi juga untuk anak-anak mereka sendiri.

Soalan ulasan

Bagaimanakah keberkesanan program-program makanan suplemen untuk menambahbaik kesihatan kanak-kanak kurang bernasib baik? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan program-program tersebut?

Kaedah-kaedah

Kami telah memasukkan kajian-kajian yang berbanding kanak-kanak yang telah diberikan pemakanan suplmen (makanan, minuman) dengan mereka yang tidak menerima apa-apa pemakanan.

Kami mengikuti kaedah kajian sistematik dengan berhati-hati, termasuk penggunaan carian yang umum. Sekurang-kurangnya dua orang yang terlibat dalam setiap peringkat kajian. Seboleh-bolehnya kami menjalankan analisa untuk menggabungkan hasil daripada beberapa kajian dan mendapatkan kesan purata. Kami melihat dengan teliti kepada faktor-faktor yang mungkin memberi kesan atas keputusan (umur kanak-kanak, jantina dan kelemahan, keluarga yang berkongsi makanan, jumlah tenaga yang diberikan, dll.).

Bukti-bukti adalah terkini sehingga Januari 2014.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 32 kajian; 21 percubaan rawak terkawal (di mana kanak-kanak secara rawaknya menerima pemakanan suplemen (kumpulan intervensi) atau tidak (kumpulan terkawal), dan 11 dikawal sebelum-dan-selepas kajian (di mana hasil akan diperhatikan sebelum dan selepas rawatan dalam sekumpulan kanak-kanak yang tidak diperuntukkan secara rawak kepada intervensi dan kumpulan terkawal). Bilangan kanak-kanak dalam kajian-kajian adalah dari 30 hingga 3166. Kebanyakan kajian adalah daripada negara berpendapatan rendah dan sederhana; tiga dari negara berpendapatan tinggi.

Penemuan utama

Kami mendapati bahawa dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana yang memberikan makanan tambahan kepada kanak-kanak berumur tiga bulan hingga lima tahun mempunyai penigkatan berat badan (0.24 kg setahun dalam RCTs dan CBAs) dan ketinggian (0.54 cm setahun dalam RCTs sahaja; tiada bukti kepada kesan dalam bentuk kajian lain) yang kecil, dan peningkatan sederhana dalam tahap hemoglobin. Kami juga mendapati kesan positif terhadap perkembangan psikomotor (kemahiran yang melibatkan aktiviti mental dan otot). Kami mendapati bukti yang bercampur-campur berkenaan kesan pemakanan suplemen kepada pertumbuhan mental.

Dalam negara-negara yang berpendapatan tinggi, dua kajian mendapati tiada manfaat bagi pertumbuhan. Satu kajian efektif telah melibatkan kanak-kanak orang asli.

Kami mendapati bahawa makanan sering diedarkan semula ('kehilangan') dalam lingkungan ahli keluarga; kanak-kanak mendapat manfaat daripada hanya 36% tenaga yang terdapat dalam suplemen apabila mereka makan makanan yang dihantar ke rumah. Tetapi, kehilangan tenaga adalah kurang apabila makanan suplemen itu diberikan daripada pusat-pusat jagaan harian atau pusat pemberian makan; kanak-kanak mendapat 85% tenaga daripada suplemen. Apabila kami melihat dalam kumpulan yang berlainan, makanan suplemen adalah lebih berkesan untuk anak-anak yang muda (di bawah umur dua tahun) dan bagi mereka yang lebih miskin atau kurang sihat. Keputusan untuk seks adalah bercampur. Program-program pemakanan yang diawasi dengan baik dan penyediaan bahagian makanan harian untuk tenaga yang besar adalah lebih berkesan secara amnya.

Kualiti bukti

Kami telah menilai bukti daripada RCTs sebagai mempunyai kualiti sederhana dan bukti daripada CBAs mempunyai kualiti rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information