Penjagaan alternatif rumah atau rumah angkat sebagai alternatif kepada institusi jangka panjang untuk orang tua yang bergantung fungsi.

Apakah matlamat ulasan ini?

Matlamat Ulasan Cochrane ini adalah untuk menilai kesan penjagaan di rumah atau rumah angkat sebagai alternatif kepada penjagaan institusi bagi orang tua yang bergantung kepada orang lain untuk penjagaan.

Mesej utama

Kajian-kajian melibatkan pelbagai peserta dan persekitaran penjagaan kesihatan, serta pelbagai intervensi.Sesetengah kajian tidak dilaksanakan dengan baik, bererti kami terpaksa berhati-hati apabila menterjemah keputusan.

Pada masa kini, tiada terdapat cukup bukti untuk menyokong syor bagi alternatif penjagaan di rumah atau penjagaan insitusi jangka panjang bagi orang tua yang lemah.

Apa yang kami kaji dalam ulasan.

Di banyak negara, orang tua yang lemah dengan pelbagai penyakit mungkin menerima penjagaan jangka panjang di rumah jagaan atau institusi lain.Akibat penambahan bilangan orang tua dan kos yang dikaitkan dengan rumah penjagaan, cara-cara lain menyediakan penjagaan adalah perlu, termasuk penjagaan tambahan di rumah sendiri.Kami menilai kajian yang menyediakan penjagaan di rumah berbanding penjagaan di institusi.

Apakah keputusan utama ulasan?

Kami melibatkan 10 kajian yang dijalankan di lima negara (USA, Taiwan, Sweden, UK dan Kanada)Kajian-kajian melibatkan 16,377 orang tua yang dianggap memerlukan perkhidmatan penjagaan.Semua kajian membandingkan beberapa bentuk penjagaan di persekitaran rumah dengan penjgagaan institusi jangka panjang.Kebanyakan kajian melibatkan beberapa keadaan berbeza, kecuali satu kajian yang hanya melibatkan peserta strok.

Kami tidak pasti sama ada penjagaan jangka panjang di rumah berbanding dengan penjagaan di rumah jagaan mengurangkan risiko mortaliti atau keamasukan hospital kerana bukti adalah sangat rendah.Begitu juga, kami tidak pasti sama ada intervensi tersebut meningkatkan fungsi fizikal atau kualiti hidup, kerana bukti dianggap sangat rendah.Kami tidak dapat mencari kajian yang melaporkan hasil kesihatan yang buruk.

Adakah ulasan ini terkini?

Penulis ulasan mencari kajian yang diterbitkan sehingga November 2015.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information