Ujian antibiotik biofilm berbanding ujian standad untuk membantu rawatan antibiotik dalam penyakit sistik fibrosis

Soalan ulasan

Penyelidik mengulas bukti untuk melihat kaedah ujian mana yang lebih baik ketika memutuskan antibiotik mana yang akan digunakan untuk merawat gejala yang timbul pada orang dengan sistik fibrosis; sama ada lebih baik untuk menguji antibiotik pada bakteria Pseudomonas aeruginosa apabila mereka tumbuh dalam lapisan lendir (biofilm) atau apabila mereka tumbah dalam cecair. Penyelidik ingin tahu sama ada salah satu kaedah akan membawa kepada pilihan antibiotik yang lebih baik dengan hasil klinikal yang lebih baik.

Latar belakang

Jangkitan paru-paru jangka panjang adalah punca utama kematian orang yang mangidapi penyakit sistik fibrosis. Rawatan antibiotik untuk jangkitan ini telah membantu orang dengan penyakit sistik fibrosis hidup lebih lama. Doktor biasanya memilih antibiotik yang digunakan selepas menguji mereka terhadap bakteria yang bertumbuh dari sampel yang diambil dari orang yang dijangkiti. Bakteria ini tumbuh dalam cecair di makmal; tetapi dalam kehidupan sebenar bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa tidak tumbuh dalam cecair di paru-paru orang dengan penyakit sistik fibrosis, sebaliknya mereka tumbuh dalam lapisan lumpur yang disebut biofilm. Ujian makmal antibiotik terhadap Pseudomonas aeruginosa yang ditumbuh dalam biofilm dan bukannya dalam cecair boleh memberi hasil yang membawa kepada pilihan antibiotik yang lebih baik dengan hasil klinikal yang lebih baik apabila merawat jangkitan paru-paru pada orang dengan penyakit sistik fibrosis.

Tarikh carian

Penyelidik terakhir mencari bukti pada 07 April 2020.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik melibatkan dua kajian, yang dijalankan di Amerika Syarikat (pada orang yang stabil secara klinikal) dan satu di Kanada (pada orang yang mengalami masalah atau susah bernafas). Seramai 78 orang daripada kajian ini memberikan sampel sputum. Bakteria dari sampel ini ditumbuhkan sama ada dalam cecair (34 sampel) atau biofilm (44 sampel) dengan peluang yang sama rata untuk ditumbuhkan dalam salah satunya. Baik orang yang mengamil bahagian atau doktor mereka tidak tahu sebelum atau semasa kajian yang mana kaedah telah digunakan untuk sampel dari setiap orang. Campuran orang dewasa dan kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam kajian, dengan usia purata sekitar 20 hingga 30 tahun. Terdapat bilangan lelaki dan wanita yang sama dalam kedua-dua kajian tersebut. Separuh orang dalam kajian mempunyai dua salinan gen delta F508 dan terdapat hampir sama jumlahnya dalam setiap kumpulan. Purata fungsi paru-paru dalam kedua-dua kumpulan adalah serupa.

Keputusan utama

Hasil utama kedua-dua kajian tersebut ialah penurunan jumlah bakteria dalam sputum orang di setiap kumpulan selepas rawatan antibiotik. Tiada perbezaan dalam tahap bakteria yang terdapat di dalam sputum atau peningkatan fungsi paru-paru antara kedua-dua kumpulan dalam satu kajian. Dalam kedua-dua kajian, terdapat bilangan individu yang sama dalam setiap kumpulan yang mempunyai kesan sampingan yang ringan atau sederhana. Tiada kesan sampingan yang serius yang dilaporkan oleh sesiapa sahaja dalam kedua-dua kajian. Bukti tidak menunjukkan bahawa satu kaedah pengujian adalah lebih baik daripada yang lain dan bahawa orang yang menerima antibiotik dipilih berdasarkan kaedah sama ada peluang yang sama terhadap sebarang kesan sampingan.

Kualiti bukti kajian

Kualiti bukti adalah agak baik kerana orang mempunyai peluang yang sama untuk berada di kedua-dua kumpulan dan mereka tidak tahu kumpulan pengujian yang mereka berada. Ini bermakna penyelidik tidak berfikir keputusan kajian terjejas disebabkan oleh ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information