Ubat-ubatan untuk rawatan ketagihan kanabis

Latar belakang

Penggunaan kanabis adalah agak lazim dan meluas di seluruh dunia. Permintaan pengguna kanabis untuk rawatan telah meningkat di kebanyakan kawasan di dunia. Saranan di sesetengah negara untuk membenarkan penggunaan kanabis mungkin menunjukan trend yang berterusan. Pada masa ini tiada ubat spesifik untuk rawatan penggunaan kanabis. Ulasan ini bertujuan menilai keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan untuk rawatan ketagihan kanabis.

Tarikh carian

Kami mencari literatur saintifik pada Mac 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami mengenalpasti 21 kajian rawal terkawal (kajian klinikal di mana orang dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) melibatkan 909 peserta yang dirawat dengan ubat aktif, dan 846 peserta yang menerima plasebo (rawatan palsu). Ciri-ciri utama ketagihan penggunaan ubat adalah penggunaan kompulsif, hilang kawalan penggunaan dan gejaa sarak selepas berhenti menggunakannya. Ulasan ini menyertakan kajian di mana peserta dianggap ketagih atau besar kemungkinan untuk ketagih berdasarkan penggunaan kanabis beberapa hari seminggu, atau harian.

Purata umur peserta dalam kajian individu adalah dari 22 hingga 41 tahun, kecuali tiga kajian yang mensasarkan orang muda. Kebanyakan peserta (75%) adalah lelaki. Kebanyakan kajian (16) dijalankan di Amerika Syarikat, dengan tiga di Australia, satu di Kanada dan satu di Israel. Kajian-kajian tersebut menguji pelbagai jenis ubat untuk mengurangkan gejala sarak dan menggalakkan pemberhentian atau mengurangkan penggunaan kanabis.

Empat kajian menerima ubat kajian daripada syarikat pengilang farmeseutikal tetapi tiada yang dibiaya oleh syarikat farmaseutikal. Satu kajian tidak melaporkan sumber pembiayaan atau ubat.

Keputusan-keputusan utama

Untuk hasil pabstinens di hujung rawatan, persediaan Δ9-tetrahydrocannabinol (THC, kandungan utama dalam kanabis) mungkin tidak berkesan; antidepresan yang dipanggil perencat selektif pengambilan semula serotonin, antidepresan tindakan campur, sejenis ubat yang dipanggil buspirone dan sejenis ubat yang dipanggil N-acetylcysteine mungkin juga tidak berkesan; dan kami tidak pasti tentang kesan antikonvulsan dan penstabil mood.

Untuk hasil pelengkapan tempoh rawatan yang dijadualkan, persediaan THC, antidepresan tindakan campur, antikonvulsan dan penstabil mood mungkin tidak berkesan, kami tidak pasti tentang kesan antidepresan SSRI, dan N-acetylcysteine mungkin tidak menyokong pelengkapan rawatan. Penggunaan antikonvulsan dan penstabil mood mungkin meningkatkan kecenderungan orang meninggalkan rawatan lebih awal.

Persediaan THC dan N-acetylcysteine mungkin tidak lebih cenderung menyebabkan kesan sampingan berbanding plasebo, antidepresan tindakan campur dan buspirone munkin tidak lebih cenderung untuk menyebabkan kesan sampingan berbanding plasebo, dan kami tidak pasti tentang antidepresan SSRI.

Berdasarkan penyelidikan semasa, semua ubat patut dianggap masih dalam eksperimen.

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk kebanyakan hasil dalam ulasan ini adalah rendah atau sangat rendah kerana setiap ubat disiasat oleh sebilangan kecil kajian (satu sehingga empat), setiap kajian melibatkan sebilangan kecil peserta, terdapat ketidakkonsistenan dalam penemuan dan terdapat risiko bias akibat peserta kajian meninggalkan rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information