Penggunaan hormon pertumbuhan rekombinan untuk membantu peertumbuhan dan kesihatan dalam kanak-kanak dan dewasa muda dengan sistik fibrosis

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti mengenai kesan hormon pertumbuhan rekombinan (rhGH) atas kesihatan pesakit dengan sistik fibrosis (CF).

Latar belakang

CF merupakan penyakit yang diwarisi yang menyebabkan penyakit di dalam paru-paru, sitem pencernaan dan pankreas. Pesakit dengan CF adalah kerap kurang berat badan dan mengalami pertumbuhan terbantut, yang mungkin menjejaskan fungsi paru-paru. Tambahan pemakanan mungkin tidak mencukupi dan cadangan telah diberikan bahawa rawatan dengan rhGH, yang meningkatkan kadar tumbesaran dan ketumpatan tulang, mungkin membantu. Rawatan dengan rhGH kerapnya diberikan sekali sehari dengan suntikan jarum di bawah kulit. Ia adalah mahal dan mungkin menjejaskan metabolisme glukosa yang mempunyai implikasi untuk kanak-kanak yang mempunyai risiko untuk mengalami penyakit kencing manis yang berkaitan dengan CF. Oleh itu, kami perlu mengulas risiko dan manfaat rawatan ini secara kritikal. Ini adalah satu pengemaskinian daripada ulasan terdahulu.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 22 Oktober 2018.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini melihat kepada penggunaan rhGH untuk meningkatkan fungsi paru-paru, pertumbuhan dan kualiti hidup untuk kanak-kanak dan dewasa muda dengan CF. Ia melibatkan lapan kajian dengan 291 peserta dengan CF yang dipilih untuk menerima satu rawatan ataupun yang lain secara rawak. Peserta kajian berumur dari lima sehingga 23, tetapi kebanyakan masih belum mencapai akil baligh. Enam kajian berlangsung selama satu tahun dan dua kajian selama enam bulan. Rawatan dengan rhGH dibandingkan dengan tiada rawatan dalam tujuh kajian dan dengan plasebo (satu cecair yang tidak mengandungi sebarang hormon pertumbuhan) dalam satu kajian. Kajian yang menggunakan plasebo membandingkan ia dengan dua dos rawatan rhGH yang berbeza ,

Keputusan-keputusan utama

Keputusan menunjukkan peningkatan sederhana dalam ketinggian, berat badan dan jisim badan tanpal lemak antara enam dan 12 bulan. Namun, tiada bukti konsisten bahawa rawatan rhGH meningkatkan fungsi paru-paru, kekuatan otot, atau kualiti hidup. Kajian-kajian tersebut adalah kecil dan kami tidak menemui sebarang bukti mengenai perubahan metabolisme glukosa atau risiko jangka panjang penyakit kencing manis yang disebabkan oleh rawatan, Memandangkan keputusan tersebut, kami tidak dapat mengenalpasti sebarang manfaat terapi yang jelas dan percaya bahawa lebih banyak penyelidikan dari ujian klinikal yang direka dengan baik dan sempurna diperlukan.

Kualiti bukti

Kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk memutuskan sama ada kajian adalah berat sebelah di mana telah menjejaskan keputusan secara keseluruhan, Kesemua ukuran hasil kajian telah dilaporkan dengan jelas dalam kajian, tetapi kajian adalah kecil, dan tidak mempunyai bilangan peserta yang cukup untuk menunjukkan perbezaan yang mungkin tidak berpeluang, Kami juga mempunyai kebimbangan bahawa hasil yang berdasarkan pertimbangan perseorangan, seperti kualiti skor kehidupan, mungkin terjejas sebab peserta yang mengambil bahagian dalam tujuh kajian dapat memberi tahu kumpulan mana mereka berada.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save