Kortikosteroid sedutan untuk batuk subakut dalam kalangan kanak-kanak

Batuk adalah gejala yang paling biasa datang kepada doktor. Batuk dalam kalangan kanak-kanak membawa kesan yang negatif kepada kedua-dua kanak-kanak dan keluarga mereka, oleh itu sebarang penambahbaikan akan mendatangkan manfaat. Rawatan dengan kortikosteroid sedutan boleh mengurangkan keterukan batuk subakut (batuk selama dua hingga empat minggu) dalam kalangan kanak-kanak dengan mengurangkan keradangan saluran udara. Data dari dua kajian kecil tersedia untuk disertakan dalam ulasan ini; namun, kedua-dua kajian adalah dalam kalangan bayi selepas keluar dari hospital dengan penyakit bronkiolitis akut ( jumlah keseluruhan 98 bayi). Tiada perbezaan antara kumpulan untuk kadar kanak-kanak yang 'tidak sembuh' semasa susulan. Tiada kesan sampingan yang ketara didapati dalam kajian-kajian tersebut. Tanpa bukti selanjutnya yang boleh didapati, cadangan untuk penggunaan kortikosteroid sedutan untuk rawatan batuk subakut pada kanak-kanak tidak boleh dibuat. Kajian yang direka dengan baik pada masa hadapan, dengan memasukkan kanak-kanak berusia lebih daripada 12 bulan, diperlukan untuk menentukan sama ada rawatan dengan kortikosteroid sedutan adalah selamat dan berkesan dalam mengurangkan keterukan batuk subakut dalamkalangan kanak-kanak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Di sunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information