Adakah penambahan vitamin D bermanfaat atau memudaratkan wanita hamil?

Apakah isunya?

Adalah tidak jelas jika penambahan Vitamin D sahaja atau dalam kombinasi dengan kalsium atau vitamin dan mineral lain, semasa hamil bermanfaat atau memudaratkan ibu atau anak.

Mengapakah ini penting?

Vitamin D adalah penting untuk kesihatan manusia, terutamanya tulang, kontraksi otot, konduksi saraf, dan fungsi umum sel. Kepekatan vitamin D dalam darah yang rendah dalam kalangan wanita hamil telah dikaitkan dengan komplikasi kehamilan. Tambahan vitamin D semasa hamil mungkin perlu untuk melindungi daripada sebarang komplikasi kehamilan.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Ulasan ini adalah kemaskini daripada ulasan yang pertamanya diterbitkan pada tahun 2012, dan dikemas kini pada tahun 2016. Ulasan ini menilai kesan penambahan Vitamin D sahaja atau gabungan dengan mikronutrien lain untuk wanita semasa hamil berbanding plasebo atau tiada intervensi, tidak kira dos, tempoh atau masa bermulanya penambahan atau jenis tambahan (oral atau secara suntikan).

Apakah bukti yang kami dapati?

Kami mencari bukti (Julai 2018) dan mendapati 30 ujian (melibatkan 7033 wanita) untuk dimasukkan ke dalam kemas kini ini.

Bukti daripada 22 kajian yang melibatkan 3725 wanita hamil mencadangkan penambahan Vitamin D sahaja semasa hamil mungkin mengurangkan risiko pra-eklampsia, diabetis gestasi dan risiko bayi dengan berat lahir rendah berbanding plasebo atau tiada intervensi dan mungkin ada sedikit atau tiada perbezaan dalam risiko bayi lahir pramasa. Ia mungkin mengurangkan risiko peristiwa buruk kepada ibu, seperti perdarahan postpartum, walaupun perlu disedari keputusan ini tidak dijangka dan berdasarkan satu kajian tunggal.

Bukti daripada sembilan kajian yang melibatkan 1916 wanita hamil mencadangkan penambahan Vitamin D dan kalsium mungkin mengurangkan risiko pra-eklampsia tetapi mungkin meningkatkan risiko lahir pramasa. Sedikit potensi mudarat ini harus dipertimbangkan dalam kalangan wanita yang menerima penambahan kalsium sebagai sebahagian daripada penjagaan ante-natal .

Bukti dari satu kajian yang melibatkan 1300 wanita hamil mencadangkan bahawa penambahan Vitamin D bersama nutrien lain mempunyai sedikit atau tiada perbezaan risiko dalam kebanyakan hasil yang dinilai.

Data tentang kejadia buruk ibu adalah kurang dalam kebanyakan kajian.

Apakah maksudnya?

Memberi penambahan Vitamin D kepada wanita hamil mungkin mengurangkan risiko pra-eklampsia, daibetis gestasi, berat lahir rendah dan risiko perdarahan postpartum yang teruk. Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam risiko kelahiran pramasa < 37 minggu gestasi. Menambah vitamin D dan kalsium boleh mengurangkan risiko pre-eklampsia tetapi muungkin meningkatkan risiko kelahiran pramasa < 37 minggu (dapatan kajian-kajian tersebut perlu lebih banyak penyelidikan lanjutan). Menambah Vitamin D dan nutrien lain kepada wanita hamil membuat sedikit atau tiada perbezaan risiko lahir pramasa atau berat lahir rendah (kurang daripada 2500 g) dan kesan untuk diabetis gestasi dan kesan buruk kepada ibu tidak jelas. Kajian lanjut yang lebih ketat, berkualiti tinggi dan kajian rawak berskala lebih besar diperlukan untuk menilai kesan penambahan Vitamin D semasa hamil, terutama berhubung dengan risiko kesan buruk kepada ibu.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Solihin Zahari (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi soliihin@ms.pmc.edu.my

Tools
Information