Koenzim Q10 untuk kegagalan jantung

Kegagalan jantung adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan yang terjadi apabila jantung tidak dapat mengekalkan output kardium yang mencukupi atau hanya melakukannya dengan mengisi penuh bilik jantung. Orang yang mengalami kegagalan jantung biasanya mengalami penyakit berulang dan remit, dengan tempoh kestabilan dan episod dekompensasi (kegagalan untuk menangani kerosakan jantung) yang membawa kepada gejala-gejala yang semakin teruk yang memerlukan kemasukan ke hospital. Pilihan rawatan untuk kegagalan jantung terdiri daripada ubat sehingga pemindahan jantung, dengan setiap mempunyai kekangannya sendiri. Koenzim Q10 (atau ubiquinone) telah dicadangkan sebagai pilihan rawatan dalam beberapa kajian. Koenzim Q10 adalah suplemen pemakanan bukan preskripsi. Ia adalah molekul larut lemak yang mempunyai peranan dalam pengeluaran tenaga dalam sel-sel badan. Ia juga mungkin mempunyai sifat antioksidan. Tahap rendah koenzim Q10 mungkin berkaitan dengan keterukan kegagalan jantung. Koenzim Q10 telah ditemui di semua tisu dan organ di dalam badan, dengan kepekatan tertinggi di dalam hati. Data yang muncul telah mencadangkan bahawa kesan berbahaya dari spesies oksigen reaktif meningkat pada pesakit yang mengalami kegagalan jantung dan koenzim Q10, memandangkan aktiviti antioksidannya, dapat membantu mengurangkan kesan toksik ini, yang merosakkan komponen sel jantung dan mengganggu penandaan selular. Koenzim Q10 juga mempunyai peranan dalam menstabilkan saluran ion kalsium miokardium dan menghalang penggunaan metabolit penting untuk sintesis adenosine-5'-trifosfat (ATP). Kepekatan koenzim Q10 berkait songsang dengan keterukan kegagalan jantung. Suplemen dengan koenzim Q10 boleh meningkatkan kegagalan jantung. Koenzim Q10 kadang-kala digunakan kerana ia dianggap mempunyai profil keselamatan yang boleh diterima dengan kesan sampingan yang tidak ketara.

Penyelidik menjalankan sorotan ini untuk menilai bukti yang ada mengenai kesan koenzim Q10 dalam pesakit kegagalan jantung. Pemyelidik memasukkan tujuh kajian rawak terkawal kecil dalam sorotan ini, yang mempunyai risiko berat sebelah. Oleh kerana variasi dalam cara kajian dilakukan, penyelidik tidak dapat menggabungkan banyak data dalam ulasan penyelidik, yang bermaksud bahawa sukar untuk meneroka kesan variasi ini terhadap hasil kajian ini. Hanya satu kajian yang melaporkan mengenai kematian, peristiwa kardiovaskular utama dan kemasukan ke hospital. Bukti yang dikumpulkan dalam sorotan ini tidak menunjukkan kesan jelas koenzim Q10 terhadap peningkatan status klinikal (menggunakan klasifikasi New York Heart Association (NYHA)) atau keupayaan senaman. Tiada bukti yang meyakinkan untuk menyokong atau menyangkal penggunaan koenzim Q10 untuk kegagalan jantung.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save