Terapi antibiotik berbanding dengan apendektomi (pembedahan mengeluarkan apendiks) dalam rawatan penyakit apendisitis akut.

Penyakit apendisitis merupakan satu daripada punca-punca pembedahan yang lazim bagi masalah kesakitan abdomen yang akut. Apendektomi merupakan rawatan terpilih, namun, pelbagai komplikasi pembedahan telah dikaitkan dengan rawatan pembedahan ini. Kajian terbaru menunjukkan bahawa penggunaan terapi antibiotik asas (tanpa pembedahan) melahirkan hasil keputusan yang baik dalam rawatan penyakit apendisitis.

Ulasan ini menyelidik sama ada terapi antibiotik berkesan seperti apendektomi ke atas pesakit-pesakit yang mempunyai apendisitis tanpa komplikasi. Faktor-faktor yang dianalisis ialah pemulihan dalam dua minggu tanpa komplikasi besar dalam setahun (termasuk penyakit apendisitis yang berulangan), komplikasi besar dan kecil serta tempoh tinggal di dalam hospital. Kami tidak dapat memberi sebarang kesimpulan sama ada terapi antibiotik itu sebaik apendektomi atau tidak. Oleh sebab kualiti penyelidikan-penyelidikan yang dimasukkan dalam ulasan ini (lemah sampai sederhana), apendektomi tetap dijadikan rawatan asas bagi penyakit apendisitis akut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Yap Kar Suan (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Teguh Haryo Sasongko (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi dk_520_emily@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save