Soalan ulasan
Adakah faktor pertumbuhan endothelial anti-vaskular (anti-VEGF) dapat mengurangkan berlakunya pendarahan pernafasan rongga vitreus (POVCH) selepas operasi vitrectomy untuk retinopati kencing manis proliferatif?
Latar belakang
POVCH adalah satu komplikasi signifikan selepas vitrectomy (pengeluaran gel vitreous dari ruang posterior mata) untuk rawatan retinopati proliferatif (pertumbuhan saluran darah tidak normal dari retina, satu lapisan tisu pada belakang mata), berlaku dalam kira-kira 30% daripada kes. POVCH mempunyai dua bentuk utama: awal, bila pendarahan hadir dalam beberapa hari pertama selepas operasi, dan lewat, bila pendarahan berlaku beberapa bulan selepas pembedahan. Kehadiran POVCH melambatkan pemulihan visual, membawa kepada penambahan tekanan dalam mata, dan mejadikan rawatan lanjutan untuk retinopati diabetic lebih susah. Sepuluh peratus dari pesakit memerlukan pembedahan semula, yang mempunyai implikasi signifikan untuk sumber, masa dan kos. Penggunaan anti-VEGF sebelum pembedahan (pra operasi) telah dicadangkan sebagai intervensi untuk mengurangkan insiden POVCH.
Tarikh carian
Bukti adalah terkini sehingga Mei 2015.
Keputusan Utama
Carian pengkalan data elektronik mengenalpasti 12 kajian terkawal rawak yang memenuhi kriteria inklusi. Kami menjalankan beberapa analisis yang menunjukkan bahawa pra atau intraoperatif anti-VEGF dapat mengurangkan kejadian POVCH awal. Kesan atas POVCH lewat tidak jelas. Kami pada masa ini tidak dapat mengulas mengenai kesan rawatan anti-VEGF atas ketajaman penglihatan selepas operasi kerana perbezaan signifikan dalam reka bentuk dan hasil ukuran kajian.
Risiko untuk peristiwa buruk bila mengunakan anti-VEGF praoperatif nampak kecil.
Kualiti bukti
Kami yakin dengan jelas bahawa anti-VEGF dapat mengurangkan insiden awal POVCH (bukti berkualiti tinggi) tetapi kurang pasti akan kesannya pada akhir POVCH dan risiko kesan sampingan.
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaanberkaitan terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.