Ubatan untuk kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD) dalam kanak-kanak dengan tic

Soalan ulasan

Dalam kanak-kanak dengn ADHD dan tic, bagaimanakah ubatan menjejaskan simptom untuk kedua-dua kegangguan tersebut?

Latar belakang

Setengah daripada kesemua kanak-kanak dengan kegangguan tic (gabungan penyuaraan gerakan berulangan), juga mempunyai ADHD (isu dengan hiperaktif, impulsif dan pengekalan daya tumpuan). Simptom ADHD lebih kerap melumpuhkan kanak-kanak berbanding simptom tic mereka. Dalam sejarah, laporan ubatan perangsang yang menerukkan tic telah menghadkan penggunaan mereka dalam kanak-kanak yang mempunyai kedua-dua kegangguan tic kronik (berterusan selama satu tahun sejak permulaan tic pertama) dan ADHD. Bagi menilai bukti untuk fenomena yang dilaporkan ini, kami mencari kajian klinikal tentang ubatan untuk ADHD yang digunakan secara spesifik dalam kanak-kanak dengan kegangguan tic.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga September 2017.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan lapan kajian dengan 510 peserta (443 lelaki, 67 perempuan) dalam ulasan kami. Peserta dalam kajian tersebut adalah kanak-kanak dengan kedua-dua ganguan iaitu ADHD dan tic kronik. Kajian yang dimasukkan menilai beberapa ubatan berbeza untuk ADHD, termasuk perangsang (methylphenidate, dextroamphetamine) dan bukan perangsang (clonidine, guanfacine, desipramine, atomoxetine, dan deprenyl). Semua kajian berlaku di USA dan berlangsung daripada tiga sehingga 22 minggu.

Sumber pembiayaan kajian

Lima daripada lapan kajian dibiayai oleh organisasi atau agensi kerajaan, atau kedua-duanya. Satu kajian dibiayai oleh pengilang ubat. Dua kajian yang lain tidak melaporkan sumber pembiayaan kajian.

Keputusan utama

Kajian-kajian dalam ulasan ini mencadangkan bahawa beberapa ubatan perangsang dan bukan perangsang mungkin menambahbaikkan simptom ADHD dalam kanak-kanak dengan ADHD dan tic. Pada dos tinggi, dextroamphetamine mungkin menerukkan tic dalam sesetengah kanak-kanak pada mulanya, dan peningkatan dos dalam kedua-dua dextroamphetamine dan methylphenidate mungkin terhad akibat keterukan tic. Namun, kebanyakan kanak-kanak, kedua-dua simptom tic dan ADHD boleh bertambah baik dengan penggunaan ubatan perangsang.

Kualiti bukti

Bukti berkualiti rendah wujud untuk methylphenidate, atomoxetine, dan clonidine, dan bukti berkualiti sangat rendah untuk desipramine, dextroamphetamine, guanfacine, dan deprenyl untuk rawatan ADHD dalam kanak-kanak dengan tic. Bukti dihadkan oleh bilangan kajian yang kecil, bilangan peserta yang kecil, dan risiko ketidaktelusan dalam kajian yang disertakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information