Perbandingan pemancar cahaya diod dengan sumber cahaya konvensional dalam rawatan fototerapi kepada bayi baru lahir yang mengalami jaundis.

Jaundis, atau kekuningan pada kulit, berlaku disebabkan oleh jumlah pigmen bilirubin yang tinggi dalam darah. Ia sering berlaku kepada bayi baru pada minggu pertama selepas kelahiran, dan kebiasaanya merupakan keadaan yang tidak merbahaya. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah bayi, jumlah pigmen bilirubin boleh meningkat ke tahap bahaya dan memerlukan rawatan. Rawatan jaundis dalam kalangan bayi baru lahir adalah diberikan dengan meletakkan mereka di bawah fototerapi, satu proses yang mendedahkan kulit mereka kepada jalur gelombang cahaya yang tertentu. Tiub pendarfluor atau lampu halogen telah digunakan sebagai sumber cahaya fototerapi selama bertahun-tahun. Pemancar cahaya diod (LED) adalah sejenis sumber cahaya baru yang lebih jimat tenaga, mempunyai hayat yang lebih panjang dan boleh dimudah alih dengan pengeluaran haba yang rendah. Dalam ulasan ini, keberkesanan fototerapi LED adalah dibandingkan dengan fototerapi konvensional (bukan-LED). Fototerapi LED diperhatikan berkesan dalam menurunkan tahap jumlah serum bilirubin pada kadar yang serupa dengan fototerapi yang menggunakan sumber cahaya konvensional.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save