Kardiotokografi (pemantauan janin secara elektonik) untuk menilai keadaan kesejahteraan bayi di dalam rahim semasa mengandung

Sesetengah kehamilan boleh menimbulkan masalah perubatan kepada ibu (contohnya kencing manis atau tekanan darah tinggi) atau keadaan yang mungkin menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi. Jika bayi dengan potensi masalah dapat dikenalpasti, dan jika terdapat intervensi yang boleh mengelakkan komplikasi tersebut, maka ujian yang tepat semasa mengandung boleh memberi manfaat. Kardiotokografi (CTG) merupakan rekod elektronik berterusan mencatat degupan jantung bayi yang diperolehi melalui satu transduser imbasan ultrabunyi (ultrasound) yang diletakkan di perut (abdomen) ibu. Ia kadang-kadang dirujuk sebagai 'pemantauan janin secara elektronik' (EFM). Semakan semula dibuat untuk melihat jika menggunakan CTG semasa hamil mungkin meningkatkan hasil untuk bayi kerana ianya dapat mengenal pasti bayi yang mempunyai komplikasi.Semakan dibuat ke atas kajian yang melibatkan wanita yang berisiko tinggi, dan berisiko rendah, yang mengalami komplikasi. Semakan tersebut termasuk enam kajian yang melibatkan wanita yang berisiko tinggi mengalami komplikasi.Empat daripada kajian ini telah dijalankan pada tahun 1980-an dan dua di akhir tahun 1990-an. Kajian yang terlibat adalah yang tidak berkualiti tinggi. Tiada perbezaan dalam hasil yang dikenal pasti (bukti kualiti rendah dan sangat rendah), walaupun apabila tafsiran berkomputer menggunakan jejak CTG telah digunakan, hasil kajian agak berpotensi.Walau bagaimanapun, pemonitoran CTG, berkaitan teknologi dan cara bidan dan pakar obstetrik menjaga wanita dengan pelbagai komplikasi semasa mengandung telah berubah selama bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa lebih banyak kajian diperlukan buat masa ini untuk melihat sama ada peningkatan risiko bayi mengalami komplikasi boleh ditambah baik dengan penggunaan CTG pranatal, terutamanya CTG berkomputer.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information