Apakah kesan adsorbents oral dalam melambatkan perkembangan atau mencegah penyakit buah pinggang kronik?

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) merupakan satu masalah kesihatan awam yang global. Orang dengan CKD adalah berisiko tinggi dalam peristiwa kardiovaskular dan kegagalan buah pinggang. Kemerosotan fungsi buah pinggang menyebabkan peningkatan toksin urea dalam darah, yang seterusnya menyebabkan CKD bertambah teruk.

Adsorbents oral adalah sekumpulan agen dengan keupayaan menyerap dan membuang toksin urea yang dihasilkan di dalam saluran gastrousus dan dilupuskan dalam najis, yang telah digunakan dalam amalan klinikal untuk mengurangkan kecederaan buah pinggang.

Penyelidik sertakan 15 kajian yang melibatkan 1590 peserta dalam ulasan ini. Beberapa kajian melaporkan hasil utama yang kami ingin lihat. AST-120, Ai Xi Te dan Niaoduqing granula yang dimakan mungkin mempunyai kesan yang baik pada mengurangkan kemerosotan fungsi buah pinggang dengan peristiwa buruk yang tidak serius untuk pesakit dengan CKD. Kajian ini mempunyai kaedah kajian yang berkualiti rendah . Pada masa ini, tiada bukti kukuh untuk mencadangkan sebarang adsorbents yang dimakan bagi mencegah atau melambatkan perkembangan untuk pesakit dengan CKD. Lebih banyak kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information