Perencat enzim penukar angiotensin dan penghalang reseptor angiotensin untuk orang dewasa dengan penyakit buah pinggang kronik peringkat awal tanpa diabetes

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah keadaan jangka panjang yang berlaku akibat buah pinggang yang rosak. Kemerosotan fungsi buah pinggang yang progresif boleh menyebabkan penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD). Orang dengan ESKD tidak dapat mengekalkan fungsi buah pinggang yang sihat dan memerlukan dialisis buah pinggang atau transplantasi. Pada peringkat awal CKD, pesakit mungkin tidak mempunyai gejala luar atau tanda-tanda penyakit, dan hanya dapat dikesan selepas penyiasatan seperti ujian air kencing atau darah. Dua jenis ubat - perencat enzim pengubah angiotensin (ACEi) dan penghalang reseptor angiotensin (ARB) - telah disyorkan secara meluas dalam garis panduan klinikal untuk digunakan oleh doktor dalam pengurusan CKD. Ulasan ini mengenal pasti empat kajian (mendaftarkan 2177 orang). Tiga kajian berbanding ACEi kepada plasebo atau tiada rawatan dan satu kajian berbanding ACEi kepada ARB. Tiada bukti yang mencukupi dalam penulisan saintifik yang diterbitkan pada masa kini untuk menentukan bagaimana ubat yang berkesan dalam keluarga ACEi atau ARB adalah untuk merawat pesakit dengan peringkat awal (tahap 1 hingga 3) CKD yang tidak mempunyai diabetes.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save