Mifepristone untuk fibroid rahim

Fibroid rahim juga dikenali sebagai leiomyoma rahim,myoma atau fibromyoma. Mereka merupakan ketumbuhan dalam uterus yang benigna dan bukan kanser. Fibroid merupakan tumor benigna yang paling biasa dalam kalangan wanita dan biasanya diketemui pada tengah atau lewat tahun reproduktif. Tanda-tanda yang lazim termasuk pendarahan yang banyak, sakit haid, tekanan di bahagian bawah abdomen, kemandulan atau keguguran. Fibroid boleh dirawati dengan pembedahan, sama ada myomectomy (pembuangan fibroid sahaja tanpa pembuangan rahim) atau hysterectomy (pembuangan rahim) Ubat seperti mifepristone telah dicadangkan sebagai rawatan bagi fibroid. Kajian ini meliputi tiga kajian dan 112 wanita dengan fibroid rahim yang dirawat dengan mifepristone. Bilangan peserta dalam kajian ini adalah kecil dan menunjukkan kualiti kaedah yang terhad. Kajian yang termasuk dalam ulasan ini menunjukkan bahawa mifepristone hanya ada kesan yang sederhana dalam mengurangkan pendarahan dan menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup khusus kepada fibroid. Bagi menentukan kesan mifepristone kepada saiz fibroid rahim, kajian yang lebih besar adalah diperlukan bagi memberi kesimpulan yang diyakini dalam penggunaan klinikal mifepristone.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Xiao Ying (Penang Medical College). Disunting olen Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan, berkaitan terjemahan ini sila hubungi xylee@ms.pmc.edu.my

Tools
Information