Akupunktur untuk sakit kepala jenis ketegangan

Pokoknya

Bukti yang ada menunjukkan bahawa satu rawatan akupuntur yang terdiri daripada sekurang-kurangnya enam sesi boleh menjadi pilihan yang berharga untuk mereka yang kerap menghidapi sakit kepala jenis-ketegangan.

Latarbelakang

Sakit kepala jenis ketegangan adalah sakit kepala yang biasa. Episod ringan boleh dirawati dengan hanya menggunakan ubat tahan sakit. Dalam sesetengah individu, bagaimanapun, sakit kepala jenis ketegangan kerap berlaku dan boleh menjejaskan kualiti hidup mereka. Akupunktur ialah terapi di mana jarum-jarum halus dicucuk dalam kulit di bahagian badan yang khusus. Ia berasal dari China dan kini digunakan di banyak negara untuk merawat sakit kepala jenis ketegangan. Kami menemui kajian rawak terkawal untuk menilai sama ada akupunktur mencegah sakit kepala jenis ketegangan. Kami mengkaji terutamanya pada bilangan orang yang berjaya dirawat, maksudnya, pengurangan separuh bilangan hari di mana mereka mengalami sakit kepala.

Keputusan utama

Kami mengkaji 12 kajian dengan 2349 orang dewasa, dengan terbitan sehingga Januari 2016. Satu kajian baru dimasukkan dalam ulasan yang dikemaskini ini.

Acupunktur ditambah pada rawatan biasa atau rawatan sakit kepala hanya pada permulaan (biasanya dengan ubat tahan sakit) dalam dua kajian besar yang melaporkan 48 dari 100 peserta yang mempunyai sakit kepala yang kerap dikurangkan separuh, berbanding 17 daripada 100 peserta yang diberikan rawatan biasa sahaja.

Akupunktur telah dibandingkan dengan akupunktur 'palsu', di mana jarum dimasukkan pada lokasi badan yang tidak betul atau tidak menembusi kulit, dalam enam kajian. Kekerapan sakit kepala dikurangkan separuh dalam 52 daripada 100 peserta yang menerima akupunktur benar berbanding dengan 43 daripada 100 peserta yang menerima akupunktur 'palsu'. Keputusan telah dikuasai oleh satu kajian besar, yang berkualiti baik (dengan kira-kira 400 peserta), yang menunjukkan bahawa kesan akupunktur benar masih wujud selepas enam bulan. Terdapat tiada perbezaan dalam bilangan kesan sampingan akupuntur sebenar dan 'palsu', atau bilangan peserta yang keluar daripada kajian kerana kesan sampingan.

Akupunktur dibandingkan dengan rawatan lain seperti fisioterapi, urut atau relaksasi dalam empat kajian, tetapi tidak terdapat maklumat yang berguna.

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya, kualiti bukti adalah sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information