Makanan tambahan Vitamin D untuk pencegahan kematian dalam dewasa

Soalan ulasan

Untuk menilai kesan manfaat dan bahaya Vitamin D untuk pencegahan kematian pada orang dewasa yang sihat dan dalam fasa penyakit yang stabil.

Latar belakang

Banyak kajian observasi mencadangkan bahawa status vitamin D yang optimum mungkin dikaitkan dengan lebih kurang kejadian penyakit kanser dan kardiovaskular (seperti serangan jantung atau strok). Vitamin D dijana dalam kulit sebagai vitamin D3 (cholecalciferol) atau diperolehi daripada sumber pemakanan atau suplemen sebagai vitamin D3 atau vitamin D2 (ergocalciferol). Ulasan sistematik Cochrane kami dari tahun 2011, yang menganalisiskan pengaruh berbagai jenis vitamin D atas kematian, menunjukkan bahawa vitamin D3 (cholecalciferol) telah mengurangkan kematian. Ulasan sistematik ini telah dikemaskini, dan semua kajian termasuk telah dinilai semula mengikuti methodology Cochcrane yang lebih baik, dihasilkan untuk meningkatkan kesahihan kesimpulan.

Ciri-ciri kajian

Dalam 56 kajian yang menyediakan data untuk analisis, jumlah peserta sebanyak 95,286 telah dibahagikan secara rawak kepada vitamin D berbanding dengan tiada rawatan atau plasebo. Banyak daripada setengah kajian tersebut dianggap mempunyai risiko bias yang rendah. Semua kajian tersebut dijalankan di negara berpendapatan tinggi. Usia peserta adalah dari 18 sehingga 107. Perkadaran min untuk wanita adalah 77%. Vitamin D telah diberikan dalam 4.4 tahun secara purata.

RIngkasan bahasa mudah ini adalah terkini sehingga bulan Februari 2012.

Keputusan-keputusan utama

Ulasan ini mencadangkan bahawa vitamin D3 berupaya mengurangkan kematian, dengan menunjukkan yang sebanyak 150 peserta perlu dirawat selama lima tahun untuk menyelamatkan satu nyawa tambahan. Kami menjumpai bahawa kesan vitamin D3 yang sebanding di dalam kajian yang hanya menyertakan wanita apabila dibandingkan dengan kajian yang menyertakan wanita dan lelaki. Vitamin D3 turut dikatakan boleh mengurangkan kematian kanser, dengan menunjukkan pengurangan kematian sebanyak 4 per 1000 orang yang dirawat selama lima ke tujuh tahun. Kami turut menjumpai kesan-kesan sampingan vitamin D seperti pembentukan batu buah pinggang (apabila vitamin D3 digabungkan dengan kalsium) dan peningkatan aras kalsium dalam darah (untuk alfacalcidol dan calcitriol). Kesimpulannya, kami menjumpai bukti-bukti yang mencadangkan keberkesanan vitamin D3 dalam pengurangan kematian dalam warga tua yang tidak bergantung kepada penolongan atau yang tidak berada dalama penjagaan institusi.

Kualiti bukti

Sebilangan besar peserta kajian telah meninggalkan percubaan sebelum tamat kajian, dan ini menimbulkan kebimbingan mengenai kesahihan keputusan. Ujian klinikal yang lebih rawak diperlukan terhadap kesan vitamin D3 terhadap kematian pada kalangan orang yang muda, sihat, dan juga warga tua yang berkediaman komuniti, dan orang yang berada di bawah penjagaan institusi tanpa kekurangan vitamin D yang ketara.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information