Penyediaan kulit untuk mencegah jangkitan selepas pembedahan caesarean

Ulasan ini adalah kemaskini daripada ulasan yang pertamanya diterbitkan pada tahun 2012, dan dikemas kini pada tahun 2014 dan 2018.

Apakah isunya?
Tujuan Kajian Cochrane ini adalah untuk mengetahui kaedah penyediaan kulit sebelum pembedahan caesarean yang paling berkesan dalam mencegah jangkitan selepas operasi. Kami mengumpul dan menganalisis semua kajian yang menilai keberkesanan penggunaan antiseptik dalam menyediakan kulit sebelum membuat hirisan (atau memotong) dalam pembedahan caesarean. Kami hanya memasukkan analisis persediaan yang digunakan untuk menyediakan tapak pembedahan pada bahagian perut sebelum pembedahan caesarean; kami tidak mengkaji aktiviti pencucian tangan oleh pasukan pembedahan, atau memandikan ibu.

Mengapakan hal ini penting?
Jangkitan daripada kecederaan pembedahan ialah jangkitan hospital yang ketiga paling kerap dilaporkan. Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean akan terdedah kepada jangkitan daripada kuman yang sedia ada pada kulit wanita sendiri, atau daripada sumber yang lain. Risiko jangkitan selepas pembedahan caesarean boleh lebih sebanyak 10 kali daripada kelahiran anak melalui faraj. Oleh sebab itu, pencegahan jangkitan dengan menyediakan kulit sebelum insisi dibuat memainkan peranan yang penting dalam penjagaan yang diberikan kepada wanita sebelum pembedahan caesarean secara keseluruhan. Antiseptik ialah bahan yang digunakan untuk membuang bakteria yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada ibu atau bayi apabila mereka membiak. Antiseptik termasuklah iodin atau povidone iodine, alkohol, klorheksidin, dan parachlorometaxylenol. Ubat ini boleh digunakan sebagai cecair atau serbuk, scrub, cat, swab, atau di 'tirai' yang dilekatkan pada kulit, yang kemudiannya dipotong oleh pakar bedah. Pengalas yang tidak diresapi juga boleh digunakan, sebaik sahaja kulit telah digosok atau disapu, dengan tujuan untuk mengurangkan penyebaran sebarang bakteria yang masih tinggal semasa pembedahan. Hal ini amat penting dalam mengetahui sama ada beberapa antiseptik atau kaedah ini berfungsi lebih baik daripada yang lain.

Apakah bukti yang kami perolehi?
Ulasan kemaskini ini merangkumi 13 kajian dengan 6938 orang wanita. Enam kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat; Percubaan yang lain dijalankan di Nigeria, Afrika Selatan, Perancis, Denmark, Indonesia India dan Mesir. Kajian itu menilai apa yang terbaik bagi wanita dan bayi apabila hal ini berhubung dengan keputusan yang penting termasuk: jangkitan di mana pakar bedah memotong badan wanita untuk melakukan pembedahan caesarean; keradangan lapisan rahim (metrik dan endometritis); berapa lama wanita itu tinggal di hospital; dan mana-mana kesan buruk yang lain, seperti kerengsaan kulit wanita, atau mana-mana kesan yang dilaporkan kepada bayi. Bukan semua 13 percubaan meneroka semua keputusan tersebut, dan bukti bagi setiap keputusan biasanya berdasarkan keputusan yang melibatkan jauh kurang daripada 6938 wanita.

Kebanyakan bukti yang kami dapati mempunyai kualiti yang agak kurang, oleh sebab terdapat had dan masalah dalam cara-cara kajian yang dijalankan. Ini bermakna kami tidak dapat memastkani dengan kebanyakan penemuan-penemuan. Bukti menunjukkan bahawa pada wanita yang kulitnya disiapkan menggunakan agen chlorhexidine glukonat, mungkin ada sedikit penurunan kejadian jangkitan tapak pembedahan dibandingkan dengan wanita yang kulit mereka disiapkan menggunakan povidone iodin. Untuk hasil lain terdapat sedikit atau tidak ada perbezaan antara pelbagai agen antiseptik dan kaedah penggunaan dari segi endometritis, kerengsaan kulit, atau reaksi kulit alergi pada ibu. Dalam satu kajian, terdapat pengurangan dalam pertumbuhan bakteria pada kulit dalam 18 jam selepas pembedahan caesarean dalam wanita yang menerima penyediaan kulit dengan glukonat chlorhexidine berbanding dengan wanita yang menerima penyediaan kulit dengan iodine povidone, tetapi lebih banyak data diperlukan untuk menilai sama ada cara ini sebenarnya dapat mengurangkan jangkitan dalam wanita.

Apakah maksudnya?
Keterangan yang sedia ada daripada percubaan yang telah dilakukan adalah tidak cukup untuk memberitahu kita berkenaan jenis penyediaan kulit yang terbaik dalam mencegah jangkitan pada kawasan pembedahan selepas pembedahan caesarean. Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi diperlukan. Kami mendapati dua kajian yang masih berterusan. Kami akan memasukkan keputusan kajian-kajian ini ke dalam ulasan ini supaya dapat dikemas kini pada masa depan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information