Penggunaan antibiotik mungkin atau tidak mungkin menghalang leptospirosis

Ini adalah satu ulasan sistematik penyelidikan klinikal yang menguji sama ada pengambilan antibiotik boleh menghalang jangkitan bakteria bawaan air yang dikenali sebagai Leptospira.Data daripada kajian yang berbeza mempunyai keputusan yang bercanggah, dan kajian-kajian tersebut mensasarkan pelbagai jenis orang - pelancong dan orang yang tinggal di di kawasan berisiko, melibatkan tentera, petani, dan pelajar. Secara keseluruhan, data tidak menyokong amalan ini dalam semua kes, akan tetapi pelancong jangka pendek dengan potensi pendedahan berisiko tinggi mungkin dapat dibantu. Orang yang mengambil doxycycline lebih cenderung untuk mengalami sakit perut, loya, dan muntah tetapi ubat ini terpaksa dihentikan hanya bagi sebilangan kecil peserta.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save