Intervensi untuk merawat osteoartritis di sendi temporomandibular

Sendi temporomandibular (TMJ) atau sendi rahang terletak di hadapan telinga di kedua-dua belah bahagian muka. Ia merupakan satu-satunya sendi yang dikendali oleh doktor gigi dan pakar bedah maksilofasial.Seperti sendi-sendi lain, TMJ boleh dipengaruhi oleh osteoartritis (OA).Ia bercirikan kemusnahan progresif permukaan dalam sendi yang menyebabkan rasa sakit dan sendi yang berbunyi.Beberapa gangguan selain OA boleh mempengaruhi TMJ. Oleh yang demikian, diagnosis yang tepat adalah penting agar terapi yang sesuai dapat dipadankan.
Beberapa pilihan terapi wujud untuk TMJ OA, termasuk modaliti bukan surgikal seperti kawalan faktor penyumbang, aplians oklusal, pengunaan pek sejuk dan panas yang diletak pada bahagian sendi, intervensi farmakologi serta fisioterapi.Pilihan rawatan surgikal termasuklah suntikan intra-artikular, artrosentesis (lavaj sendi) serta usaha untuk membaiki atau menggantikan bahagian-bahagian TMJ.

Ulasan ini menunjukkan bahawa terdapat bukti lemah di mana suntikan intar-artikular natrium hialuronat (bahan semulajadi rawan) dan betametason (steroid anti-keradangan) mempunyai keberkesanan yang sama dalam mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Pengunaan aplians oklusal apabila dibandingkan dengan diklofinak natrium (ubat anti radang bukan steroid) menunjukkan kadar pengurangan kesakitan yang hampir sama. Hal yang sama juga berlaku jika makanan tambahan glukosamin dibandingkan dengan ibuprofen (anti-keradangan bukan steroid).

Kajian lanjutan harus menumpu kepada penyediaan maklumat boleh terima tentang modaliti terapeutik yang lebih berkesan untuk mengurangkan sakit dan gejala lain (misalnya bunyi sendi) OA TMJ. Tambahan juga, oleh kerana terdapat bukti terhad yang hanya meliputi bilangan intervensi yang terbatas, perbandingan dengan modaliti terapeutik lain adalah digalakkan. Salah satu kebimbangan penulis adalah terdapat banyak kajian yang memasukkan kumpulan peserta yang bercampur-aduk yang telah didiagnosis dengan TMJ OA, dan ganguan TMJ lain. Hal ini sepatutnya tidak boleh diambilkira di dalam ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save