Antibiotik untuk merawat osteomielitis dalam pesakit berpenyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti untuk menentukan sama ada antibiotik (tersendiri atau digabungkan) yang diberikan kepada pesakit penyakit sel sabit yang mempunyai osteomielitis (jangkitan tulang) sebelum bakteria khusus yang menyebabkan jangkitan dikenalpasti adalah berkesan dan selamat berbanding dengan rawatan antibiotik yang ditujukan kepada bakteria dan samada keberkesanan dan keselamatan ini adalah bergantung kepada regimen rawatan yang berbeza, umur ataupun tetapan / ‘settings’. Ini merupakan kemaskini penerbitan Ulasan Cochrane yang terdahulu.

Latar belakang

Penyakit sel sabit menjejaskan berjuta-juta orang di serata dunia. Osteomielitis merupakan salah satu komplikasi utama. Antibiotik diberikan untuk merawatnya, tetapi tidak ada rawatan yang standard di seluruh dunia.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 18 September 2019.

Ciri-ciri kajian

Tiada kajian dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Keputusan-keputusan utama

Walaupun kami membuat kesimpulan kajian rawak terkawal harus dilaksanakan bagi menjawab soalan-soalan ini, bagaimanapun, kami tidak fikir kajian lanjutan intervensi ini akan dilaksanakan, dan yang demikian ulasan tidak akan dikemas kini secara regular.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save