Pelbagai strategi untuk mendiagnosis diabetes gestasi (GDM) untuk memperbaiki kesihatan ibu dan bayi

Apakah isunya?

Kami bertujuan untuk menilai dan membandingkan pelbagai cara untuk mendiagnosis diabetes gestasi (GDM). Kami mencari semua kajian yang relevan pada Januari 2017.

Mengapa ini penting?

Di antara tujuh dan 24 wanita hamil dalam setiap 100 mendapat GDM. GDM adalah apabila terdapat ketakupayaan untuk memproses karbohidrat dengan betul, yang menyebabkan gula darah tinggi (hiperglisemia). GDM boleh meningkatan risiko masalah untuk ibu dan bayi semasa kelahiran. Rawatan boleh mengurangkan risiko-risiko ini, oleh itu mendiagnosis keadaan ini dengan tepat bermakna rawatan boleh diberi untuk memperbaiki kesihatan ibu dan bayi mereka.

Pelbagai strategi ujian untuk tujuan mendiagnosis GDM. Kami ingin membandingkan pelbagai strategi untuk melihat bagaimana ia mempengaruh kesihatan wanita dan bayi mereka, dan untuk menilai kos strategi untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami mendapati tujuh kajian. Sejumlah 1420 wanita dimasukkan, dalam tetapan di Turki, Mexico, Nigeria, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat. Pada keseluruhan kajian-kajian, pelbagai pendekatan ujian dan kriteria dinilai seperti juga pelbagai ujian diagnostik termasuklah pelbagai beban ujian toleransi glukosa oral; minuman glukosa; bar gula-gula dan makanan yang tinggi glukosa. Wanita-wanita diberi barang-barang tersebut untuk dimakan/minum, dan ini diikuti dengan ujian darah untuk mengukur paras gula darah dan soal selidik. Dalam beberapa ujian, wanita dikehendaki berpuasa dari malam sebelumnya.

Hasil utama yang kami cari adalah kekerapan diagnosis, insiden pembedahan caesarean, kelahiran yang dibantu dan kelahiran vagina, dan insiden macrosomia pada bayi (lebih besar dari berat normal semasa lahir). Hasil lain menjangkau pelbagai julat, termasuk sebarang kesan sampingan ujian, pilihan ibu-ibu, dan kesihatan bayi.

Terdapat beberapa kelemahan antara kajian: kaedah yang tidak jelas dan terdapat jurang penting dalam data. Kajian-kajian dalam ulasan ini tidak menyediakan bukti yang cukup untuk membimbing amalan klinikal dan dasar kesihatan tentang pengenalpastian wanita dengan GDM.

Apakah maksudnya?

Kami tidak pasti strategi untuk mendiagnosis GDM manakah yang lebih baik, kerana kami mendapati kualiti bukti yang sangat rendah. Kajian rawak yang besar diperlukan untuk mewujudkan cara terbaik untuk mengenal pasti wanita yang menghidap GDM.

Nota terjemahan: 

Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save