Pengunaan dua jenis cecair bagi dialisis peritoneal akut

Kecederaan buah pinggang secara akut (AKI) boleh dirawat menggunakan sama ada bikarbonat ataupun laktat dalam dialisis peritoneal akut (PD). Tujuan ulasan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan cecair bikarbonat dengan cecair laktat.

Selepas carian yang menyeluruh, kami mendapati hanya terdapat sebuah kajian kecil terkawal rawak (RCT) yang melibatkan 20 orang pesakit. Namun, kajian tersebut tidak menunjukkan sebarang perbezaan di antara cecair bikarbonat dan cecair laktat mengenai beberapa aspek penting klinikal seperti kadar kematian dan kesan buruk. Tambahan lagi, sebuah laporan awal mengenai kebaikan pengunaan cecair bikarbonat berbanding cecair laktat tidak dapat disahkan oleh kajian-kajian kemudiannya. Di dalam sebuah ulasan sistematik RCT yang melibatkan pesakit AKI pula, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua cecair dialisis ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ch'ng Chin Chin (Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Pulau Pinang), disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi chngchinchin@gmail.com.

Tools
Information