Ciclesonide berbanding dengan steroid sedutan yang lain untuk asma kronik dikalangan kanak-kanak dan dewasa

Kortikosteroid sedutan, seperti budesonide, beclomethasone atau fluticasone, yang tersedia selama bertahun-tahun, telah terbukti sebagai satu terapi yang penting untuk mengawal keradangan yang disebabkan oleh asma. Ia diberikan umumnya dua kali sehari dan disyorkan sebagai terapi dalam garis panduan antarabangsa untuk kebanyakan pesakit asma. Walau bagaimanapun, kortikosteroid sedutan yang sedia ada boleh dikaitkan dengan kesan-kesan sampingan yang signifikan, termasuk kesan tempatan di saluran pernafasan atas seperti serak dan candida mulut (jangkitan serangga). Ciclesonide adalah steroid baru yang dilaporkan boleh mengurangkan steroid aktif sehingga ubat mencapai paru-paru selepas penyedutan, yang dapat mengurangkan kemungkinan simptom tekak. Penemuan ulasan terhadap 21 percubaan (7243 peserta) tidak membenarkan kepastian tentang keberkesanan relatif ciclesonide berbanding kortikosteroid sedutan yang lama, terutama pada dos yang lebih tinggi. Keputusan ulasan hingga kini tidak menunjukkan sama ada ciclesonide menyediakan profil keselamatan yang lebih tinggi berbanding kortikosteroid sedutan yang lain pada dos yang sama. Walau bagaimanapun, penemuan candidiasis oral adalah lebih rendah pada pesakit yang dirawat dengan ciclesonide berbanding dengan fluticasone mungkin ia adalah penting bagi pesakit yang mengalami masalah mulut dengan ICS semasa mereka. Di samping itu, kajian lanjut pada kanak-kanak adalah diperlukan untuk mendapatkan data mengenai profil kesan sampingan ciclesonide dalam populasi ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save