Kortikosteroid yang digunakan sebagai tambahan kepada ubat antiviral pada pesakit dengan sindrom Ramsay Hunt

Sindrom Ramsay Hunt (juga dikenali sebagai herpes zoster oticus) terdiri daripada kelemahan otot muka akibat jangkitan virus varicella zoster.  Lima kes timbul dalam setiap 100,000 penduduk setiap tahun di Amerika Syarikat.  Ia lebih biasa dalam kalangan orang lebih dari usia 60 dan jarang berlaku pada kanak-kanak. Gejala-gejala lain mungkin termasuk sakit telinga yang teruk dan lepuh kecil pada telinga luar atau di dalam mulut.  Diagnosis dan rawatan segera (secara idealnya dalam masa 72 jam dari gejala bermula) adalah penting untuk memastikan hasil yang terbaik. Dalam kes-kes di mana rawatan telah dimulakan dalam tempoh masa ini, kelemahan muka pulih sehingga 75% pesakit. Rawatan piawai adalah dengan terapi antiviral (paling biasa acyclovir). Kortikosteroid dikenali kerana sifat anti-radang dan biasanya digunakan bersama-sama dengan antiviral untuk mengurangkan keradangan pada saraf muka.  Ini dianggap sebagai punca kelemahan pada muka.  Tujuan ulasan adalah untuk mengetahui sama ada kortikosteroid, yang digunakan pada masa yang sama sebagai ubat antiviral, hasil yang lebih baik pada pesakit dengan sindrom Ramsay Hunt.  Tetapi, ulasan mendapati tiada kajian yang sepadan dengan kriteria inklusi, dan tiada kesimpulan dapat diambil tentang keberkesanan penggunaan kortikosteroid dengan cara ini.   Adalah disyorkan bahawa kajian rawak terkawal yang berkualiti tinggi akan diambil untuk menangani isu ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information