Satu perbandingan antara gefitinib dengan tanpa terapi atau kemoterapi untuk kanser paru-paru bukan sel kecil

Soalan ulasan

Adakah pesakit kanser paru-paru bukan sel kecil hidup lebih lama jika diberi gefitinib?

Latar belakang

Kanser paru-paru bukan sel kecil (jenis kanser paru-paru yang paling biasa) adalah punca utama kematian kanser di seluruh dunia. Orang yang diberi diagnosis kanser paru-paru yang maju mungkin ditawarkan kemoterapi.

Sesetengah kanser paru-paru telah dijumpai mempunyai mutasi gen, yang merupakan perubahan dalam urutan kromosom dalam sel-sel. Mutasi ini menjejaskan reseptor faktor pertumbuhan epidermal (EGFR), yang merupakan suis pada permukaan sel yang membawa kepada pertumbuhan dan penyebaran yang tidak terkawal. Gefitinib adalah ubat yang mensasarkan sel-sel dengan EGFR yang bermutasi, sehingga menghentikan pertumbuhan mereka. Kajian mendapati bahawa mutasi ini lebih sering dijumpai pada orang yang bukan perokok, wanita, warisan Asia dan dengan adenokarsinoma (sejenis kanser paru-paru).

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian yang berkaitan sehingga 17 Februari 2017. Terdapat sejumlah 35 kajian yang dijalankan antara tahun 2000 dan 2017, yang menilai 12,089 peserta dari pelbagai negara termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Keputusan utama

Ulasan ini menunjukkan bahawa pesakit kanser paru-paru maju tidak hidup lebih lama apabila dirawat dengan gefitinib jika dibandingkan dengan tanpa rawatan atau kemoterapi lain. Pada orang yang kanser paru-paru yang telah bertambah buruk selepas terapi awal, gefitinib mungkin memanjangkan masa sebelum kanser berkembang lebih lanjut, tetapi hanya dalam kumpulan terpilih pesakit etnik Asia atau dengan mutasi EGFR. Menggabungkan gefitinib dengan kemoterapi mungkin meningkatkan masa untuk perkembangan kanser sama ada gefitinib atau kemoterapi sahaja. Untuk pesakit dengan positif EGFR-mutasi yang stabil selepas kemoterapi, gefitinib yang sedang berjalan telah ditunjukkan untuk meningkatkan kelangsungan hidup berbanding dengan plasebo.

Kesan sampingan yang teruk, seperti jumlah sel darah merah dan putih yang rendah dan gejala saraf, berlaku lebih kerap pada pesakit yang diberikan kemoterapi berbanding dengan yang telah diberikan gefitinib . Kesan sampingan yang disebabkan oleh gefitinib termasuk ruam kulit, cirit-birit dan disfungsi hati.

Kualiti hidup mungkin boleh diperbaiki memihak kepada gefitinib jika dibandingkan dengan kemoterapi.

Kualiti bukti

Apabila membandingkan gefitinib sebagai rawatan pertama dan kedua dengan kemoterapi, kami menurunkan gred kualiti bukti ke sederhana untuk hasil kelangsungan hidup secara keseluruhan dan kelangsungan hidup tanpa perkembangan kerana hasilnya tidak tepat dan mereka mungkin tidak terpakai kepada semua pesakit kerana untuk dimasukkan ke dalam populasi hanya berumur lebih dari 70 tahun. Namun demikian, kualiti bukti apabila kita membandingkan ketoksikan dari gefitinib dengan kemoterapi adalah tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information