Penggunaan tetap vitamin A atau penyediaan seperti vitamin A untuk kanak-kanak dan dewasa yang menghidap fibrosis sistik

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti berkenaan kesan suplemen tetap vitamin A atau seperti-vitamin A (karotina atau retinoid lain) terhadap kanak-kanak dan dewasa yang menghidap fibrosis sistik.

Latarbelakang

Pesakit fibrosis sistik hanya mempunyai sedikit bahagian vitamin, seperti vitamin A, yang mungkin diserap oleh badan dan ini mengakibatkan masalah-masalah yang disebabkan oleh kekurangan vitamin. Kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan masalah mata dan kulit dan dikaitkan dengan keterukan kesihatan am dan pernafasan. Oleh itu, pesakit fibrosis sistik selalunya diberikan penyediaan tetap vitamin A sejak umur yang sangat muda. Namun, vitamin A yang terlampau banyak boleh mengakibatkan masalah tulang dan hati. Tahap karotina yang berlebihan diketahui mengakibatkan ‘carotenaemia’, kekuningan kulit yang tidak berbahaya dan boleh kembali ke asal, sementara kekurangan karotina tidak diketahui samada boleh mengakibatkan kesan buruk pada individu yang mempunyai tahap vitamin A yang normal.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 01 Jun 2018.

Ciri-ciri kajian

Tiada kajian yang dilibatkan membandingkan suplemen vitamin A atau retinoid lain kepada plasebo (ubat palsu yang tidak mempunyai vitamin A), namun kami menjumpai satu kajian yang membandingkan suplemen beta-karotina (pendahulu kepada vitamin A) kepada plasebo. Seramai 24 pesakit fibrosis sistik (berumur 6.7 ke 27.7 tahun) telah diagihkan secara rawak ke dalam kumpulan dan dirawat samada dengan kapsul B-karotina (pada dos tinggi selama tiga bulan disusuli oleh dos rendah selama tiga bulan lagi) atau plasebo (selama enam bulan).

Keputusan-keputusan utama

Tiada kajian suplemen vitamin A telah dimasukkan dalam ulasan ini.

Satu-satunya kajian yang terlibat menunjukkan suplemen beta-karotina berdos tinggi untuk tiga bulan menjurus kepada pesakit sistik fibrosis memerlukan antibiotik selama beberapa hari berbanding plasebo, namun ini tidak terjadi pada tiga bulan berikutnya semasa suplemen beta-karotina berdos rendah dibandingkan dengan plasebo. Hasil ukuran klinikal lain (pertumbuhan, status nutrisi dan fungsi paru-paru) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan plasebo. Tiada kesan-kesan sampingan yang dilaporkan. Hasil lain dalam ulasan ini, seperti simptom kekurangan vitamin A, kematian, kualiti hidup dan ketoksikan, tidak dilaporkan.

Kualiti bukti

Kami hanya boleh melibatkan satu kajian dalam ulasan ini dan kajian tersebut terdapat beberapa kelemahan. Ini ditunjukkan menerusi pemeriksaan bukti yang lemah kualitinya, ditentukan menggunakan sistem penggredan bukti spesifik (GRADE). Oleh itu, kami merasakan kekuatan bukti adalah lemah. Bukan semua ukuran hasil kajian dilaporkan setelah dos suplemen diberi dan keputusan kajian perlu dilihat dengan teliti kerana sesetengah beta-karotina dari dos yang tinggi mungkin masih wujud dalam darah semasa tempoh suplemen berdos rendah.

Kesimpulan

Oleh kerana tiada kajian mengenai suplemen vitamin A terlibat dalam ulasan ini, tiada kesimpulan dapat dibuat berkenaan penggunaan rutin suplemen vitamin A. Oleh kerana kelemahan kajian suplemen beta-karotina yang terlibat, tiada kesimpulan muktamad dapat dibuat mengenai penggunaannya dapat ditolak juga. Sehingga bukti selanjutnya didapati, garis panduan setempat perlu diikut berkenaan pemberian suplemen.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Ayuni Ahmad Shafiai (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila noorayuni@usm.my.

Tools
Information
Share/Save