Pencegahan kadar aliran darah yang lemah dalam salur darah dikalangan populasi pekerja yang berdiri

Aliran darah lemah pada urat kaki yang berlanjutan, juga dikenali sebagai penyakit kekurangan darah vena kronik (CVI). Keadaan ini terjadi kerana salur darah di kaki tidak mampu untuk menmenyalurkan darah kembali ke jantung dan mengakibatkan peningkatan tekanan darah di kaki. Terma "CVI" merangkumi simptom yang luas seperti kaki terasa berat, gatal, kebas, kejang, sakit, bengkak, verikos, pigmentasi kulit, atropi kulit dan ulserasi vena.

"CVI" boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada dimana ianya akan memberi impak pada kebolehan bekerja. Keadaan ini sering diperhatikan diantara mereka yang memerlukan mereka berdiri di tempat kerja. Intervensi bukan farmakologi seperti penggunaan stokin kompres ataupun lantai berlapik dan juga seperti berehat dan olahraga telah dijangkakan memberi kesan efektif terhadap menghalang "CVI" pada pekerja yang selalu berdiri. Walaubagaimanapun, kesan dari intervesi berikut biasanya tidak diketahui. Didalam satu kajian silang yang melibatkan atendan penerbangan wanita yang diperlukan untuk berdiri, hampir secara berterusan, untuk jangka masa yang lama, dan yang tidak mempunyai apa-apa gejala CVI pada permulaan kajian ini, 19 orang telah dimasukkan dalam kajian ini.

Keputusan kajian telah mencadangkan bahawa stokin mampatan tidak mengurangkan gejala yang berkaitan dengan CVI termasuk sakit kaki, rasa tidak selesa, keletihan, bengkak dan keletihan. Walaubagaimanapun, bukti kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian yang sangat kecil. Oleh kerana bilangan ujian yang amat terhad, kita tidak boleh menilai keberkesanan intervensi bukan farmakologi dalam mencegah keadaan ini. Bahkan kita juga tidak boleh memastikan sama ada apa-apa campur tangan mempunyai kesan ke atas kualiti hidup atau impak ekonomi seperti mengurangkan bilangan hari cuti sakit atau hilang upaya bekerja. Kajian lanjut diperlukan dalam melihat cadangan intervensi yang berkaitan untuk melihat kesan pada populasi pekerja berdiri.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Syis bin Zulkipli (Universiti Malaya). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini,sila hubungi msyizz@yahoo.com.

Tools
Information