Pemberhentian ubat untuk orang yang mengalami skizofrenia yang sudah stabil dan sedang dalam rawatan chlorpromazine

Penyakit skizofrenia berbeza-beza dengan sesetengah orang mengalami episod psikosis tunggal manakala yang lain mengalami episod berulang. Seringkali orang dengan skizofrenia mahu menghentikan rawatan dengan chlorpromazine apabila gejala telah reda. Ulasan ini menekankan risiko menghentikan chlorpromazine bagi mereka yang mengalami penyakit. Penghentian ubat dengan chlorpromazine meningkatkan risiko berulang dalam sepanjang tempoh masa. Pengulangan adalah merosakkan dan boleh berbahaya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save