Intervensi untuk mengurangkan kesilapan ubat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di hospital

Keselamatan ubat-ubatan adalah penting bagi kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, kerana mereka berisiko untuk mengalami bahaya yang tidak disengajakan akibat dari kesilapan ubat-ubatan. Hospital melaksanakan pelbagai intervensi untuk mengurangkan kesilapan perubatan. Sorotan ini mengkaji keberkesanan intervensi ini. Kita memasukkan tujuh kajian yang melibatkan lima intervensi yang berbeza. Dalam kalangan ahli farmasi klinikal, sistem preskripsi berkomputer dan sistem pentadbiran ubat-ubatan kod bar adalah intervensi di peringkat organisasi. Semakan dan senarai semak kawalan dan lembaran pesanan arahan tercetak dikategorikan sebagai intervensi profesional.

Kewujudan ahli farmasi klinikal menyebabkan penurunan ketara kesilapan serius ubatan dalam rawatan rapi, tetapi keputusan ini tidak dilihat dalam wad perubatan dan pembedahan. Pengenalan sistem preskripsi berkomputer jdan pemeriksaan dan senarai semak kawalan juga tidak dapat memberi keputusan yang muktamad. Pengenalan sistem pentadbiran ubat-ubatan kod bar dan lembaran pesanan arahan tercetak menyebabkan pengurangan ketara kesilapan ubat-ubatan, tetapi faedah pengurangan bahaya bagi pesakit pediatrik masih tidak jelas.

Walaupun carian secara meluas, kami mengenal pasti hanya tujuh kajian untuk dimasukkan. Penilaian kami mengenai kualiti dan kekuatan bukti adalah rendah. Sorotan ini menunjukkan bahawa hanya segelintir strategi keselamatan ubat-ubatan dikaji dalam reka bentuk kajian yang kukuh. Apabila dipertimbangkan kelemahan pesakit pediatrik di hospital, lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi perlu dilibatkankan dalam setiap agenda penyelidikan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save