Azapirone untuk kecelaruan keresahan menyeluruh (GAD)

Kecelaruan keresahan menyeluruh (GAD) adalah salah satu kecelaruan keresahan yang paling kerap berlaku dan akan melibatkan kos yang tinggi jika tidak dikenal pasti atau dibiarkan tanpa rawatan. Azapirone merupakan sekumpulan ubat yang memberikan kesan ke atas reseptor 5-HT1A dan digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap GAD. Ulasan sistematik ini menilai keberkesanan azapirone berbanding dengan rawatan-rawatan lain. Hasil daripada 36 kajian rawak terkawal mendapati bahawa azapirone adalah lebih berkesan daripada plasebo dalam kajian jangka pendek (empat hingga sembilan minggu) tetapi mungkin kurang berkesan daripada benzodiazepine. Kami tidak dapat memutuskan sama ada azapirone adalah lebih berkesan daripada antidepresan, psikoterapi atau kava-kava. Oleh kerana GAD merupakan penyakit yang selalunya kronik, kesimpulan berkenaan keberkesanan azapirone untuk jangka masa panjang tidak dapat dibuat dan percubaan jangka panjang diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Rafidah Bahari (Cyberjaya University College of Medical Sciences).Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemaah ini, sila hubungi rafidahbahari@cybermed.edu.my.

Tools
Information