Pemeriksaan payudara semasa tempoh kehamilan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu

Rasional bagi pemeriksaan payudara semasa tempoh kehamilan adalah untuk mengenalpasti sebarang masalah yang boleh dijangka berkaitan dengan penyusuan susu ibu dan memberi peluang kepada kakitangan kesihatan dan wanita hamil untuk berbincang tentang penyusuan susu ibu. Sesetengah negara mengesyorkan pemeriksaan payudara oleh kakitangan kesihatan. Pemeriksaan payudara boleh juga dibuat sendiri oleh wanita yang hamil. Tambahan pula, pemeriksaan payudara semasa tempoh kehamilan juga digalakkan sebagai satu kaedah saringan untuk kanser payudara, walaupun tiada bukti yang dapat menyokong bahawa pemeriksaan payudara oleh seorang doktor, jururawat atau wanita itu sendiri sebagai teknik saringan utama untuk kanser payudara. Payudara wanita kerapkali sakit dan bengkak semasa mengandung. Masalah ini menyukarkan pemeriksaan payudara dan berpotensi menimbulkan rasa ketidakselesaan atau kelemahan wanita. Sesetengah wanita mungkin merasakan pemeriksaan klinikal payudara semasa hamil adalah menganggu, dan puting payudara yang rata atau terbalik boleh menjadi penghalang kepada penyusuan susu ibu. Tiada kajian rawak terkawal yang dapat dikenalpasti untuk mencadangkan sama ada pemeriksaan payudara antenatal menggalakan penyusuan susu ibu. Secara unggul, dasar-dasar yang mengawal penjagaan wanita hamil perlu berasaskan bukti dan memberi kesan terhadap sesuatu penyakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Yap kar Suan (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi dk_520_emily@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save