Tampalan logam, berasaskan logam: adakah lebih baik untuk membaiki atau mengganti tampalan berasaskan logam bagi orang dewasa?

Soalan ulasan

Adakah lebih berkesan untuk membaiki atau menggantikan tampalan amalgam (campuran pelbagai logam dan merkuri) yang rosak pada gigi molar di bahagian belakang mulut orang dewasa?

Latar belakang

Tampalan digunakan sebagai rawatan pergigian umum untuk membina semula gigi selepas pesakit mengalami kerosakan gigi atau kerosakan permukaan gigi.

Tampalan membantu mencegah kerosakan lanjutan terjadi (melalui kerosakan lanjutan gigi di bawah tampalan atau dari impak), namum ia perlu dikekalkan untuk memastikan tampalan terus melindungi bahagaian asal gigi yang masih tinggal.Seperti sebarang bahan tampalan, tampalan ini mempunyai jangka hayat yang terhad.

Secara tradisional, tampalan yang rosak sering digantikan, namun pendekatan ini melibatkan kehilangan struktur gigi semasa kaviti dibersihkan dan ditampal semula.

Pendekatan alternatif adalah membaiki tampalan yang rosak.Membaiki tampalan mungkin mengambil masa yang kurang, dan sesetengah pembaikan tidak memerlukan kawasan dikebaskan (anestetik setempat), dan pembaikan mungkin kurang distres kepada pesakit berbanding opsyen untuk menggantikan tampalan.Isu seperti sakit, resah, distres, masa dan kos menjadi pertimbangan penting bagi doktor gigi dan pesakit.

Ulasan ini bertujuan membandingkan sama ada mengganti atau membaiki tampalan amalgan adalah lebih baik. Bukti untuk pembaikan atau penggantian tampalan resin komposit diberikan dalam ulasan yang berasingan.

Ciri kajian

Ulasan kajian yang sedia ada dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane dan bukti adalah terkini sehingga 5 Ogos 2013.

Keputusan-keputusan utama

Tiada kajian yang didapati sesuai untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Kualiti bukti

Buat masa kini tiada bukti untuk menyokong pembaikan atau penggantian tampalan amalgam bagi orang dewasa.

Kajian lanjutan yang bermutu diperlukan sebelum sebarang cadangan berasaskan bukti boleh disokong.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save