Rutosides untuk pencegahan sindrom post-trombosis

Latar belakang

Pembekuan darah dalam vena kaki merupakan masalah lazim dan dikenali sebagai trombosis vena dalam (DVT). Satu dalam tiga pesakit yang menghidap DVT mendapat komplikasi yang dikenali sebagai sindrom post-trombosis (PTS). Sindrom melibatkan pembengkakan berterusan kaki yang terjejas, kesakitan, dan juga perubahan kulit. Pada masa ini cara utama mencegah PTS ialah dengan memakai stokin / sarung kaki mampatan. Walau bagaimanapun pesakit-pesakit kerap tidak selesa memakai sarung kaki dan lebih gemar mengambil ubatan oral bagi menghindari masalah.

Rutosides merupakan penawar herba yang dilihat dapat mengurangkan pembengkakan dan perubahan kulit dalam keadaan-keadaan lain yang melibatkan vena seperti kekurangan vena kronik. Ulasan ini bertujuan untuk menilai literatur sediada bagi melihat jika terdapat bukti daripada kajian-kajian rawak kawal ke atas keberkesanan rutosides dalam mencegah PTS berikutan DVT. Kami juga ingin mengkaji samada terdapat apa-apa kesan sampingan daripada rawatan.

Kaedah carian dan pemilihan kajian

Kami mencari pangkalan data sediada (semasa sehingga 21 Ogos 2018) untuk kajian berkaitan penggunaan rutosides bagi pencegahan PTS berikutan DVT. Dua pengarang telah mengkaji kajian-kajian terlibat secara berasingan dan berharap untuk mengekstrak keputusan selaras dengan kriteria yang telah ditentukan.

Keputusan utama dan kesimpulan

Kami tidak menemui kajian sesuai untuk dimasukkan yang membandingkan rutosides dengan terapi alternatif bagi pencegahan PTS. Kami dengan ini tidak ada bukti untuk menyokong penggunaan rutosides bagi pencegahan PTS dan kajian rawak terkawal berkualiti tinggi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save