Anti histamines untuk batuk berpanjangan yang tidak khusus pada kanak-kanak

Kanak-kanak dengan batuk tidak khusus biasanya dirawat dengan pelbagai jenis ubat untuk merawat gejala batuk. Objektif ulasan ini adalah untuk menilai keberkesanan anti-histamine pada kanak-kanak dengan batuk berpanjangan yang tidak berkait dengan penyakit pernafasan, iaitu batuk kronik yang tidak khusus. Kami memasukkan tiga kajian terapi dengan 182 peserta rawak. Dua kajian mendapati batuk kronik yang bertambah baik dalam kedua-dua kumpulan rawatan dan plasebo tanpa perbezaan antara kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun satu kajian kecil menerangkan bahawa kanak-kanak yang menghidap batuk kronik yang berkait dengan toksin alahan bermusim dirawat dengan cetirizine bertambah baik dengan signifikan berbanding daripada kanak-kanak dengan plasebo dan ini berlaku dengan perbezaan yang ketara selepas dua minggu. Empat kajian yang menilai profil keselamatan termasuk 3166 peserta rawak dan menunjuk peningkatan tidak ketara dalam batuk peserta yang menerima ubat-ubatan aktif. Walaupun dengan batasan dalam ulasan ini, penemuan kami adalah sama seperti ulasan tentang anti-histamine untuk batuk akut yang menunjukkan tiada bukti baik untuk menggunakan atau tidak anti-histamines. Berbeza dengan saranan untuk orang dewasa dengan batuk kronik, anti-histamine tidak disyorkan sebagai terapi empirikal untuk kanak-kanak dengan batuk kronik. Kajian lanjutan yang memeriksa kesan rawatan ini atas hasil ukuran batuk bersesuaian kanak-kanak diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information