Rehabilitasi vestibular untuk menambahbaik pening, keimbangan dan mobiliti dalam kalangan pesakit dengan disfungsi vestibular periferi unilateral.

Latar belakang

Orang dengan masalah vestibular kerap mengalami pening dan kesukaran penglihatan, keimbangan atau mobiliti. Penyakit-penyakit vestibular yang dikenali sebagai unilateral dan periferi (UPVD) merupakan jenis yang mempengaruhi satu sisi sistem vestibular (unilateral) dan hanya bahagian sistem yang berada di luar otak (periferi - sebahagian daripada telinga dalam) Contoh penyakit tersebut termasuk benigna vertigo posisi paroksismal (BPPV), neuritis vestibular, labirintitis, penyakit Ménière satu sisi atau masalah vestibular berikutan prosedur pembedahan seperti labirintektomi atau pembuangan neuroma akustik. Rehabilitasi vestibular untuk penyakit tersebut semakin kerap digunakan dan melibatkan pelbagai regim berasaskan pergerakan. Komponen rehabilitasi vestibular mungkin melibatkan pembelajaran untuk menimbulkan simptom bagi menyahpeka sistem vestibular, pembelajaran untuk mengkoordinat pergerakan mata dan kepala, menambahbaik keimbangan dan kemahiran berjalan, dan pembelajaran tentang keadaan penyakit tersebut dan bagaimana mengawal atau menjadi lebih aktif.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 39 kajian rawak terkawal (melibatkan 2441 peserta) yang menyiasat penggunaan rehabilitasi vestibular dalam kumpulan penyakit tersebut. Semua kajian menggunakan sejenis rehabilitasi vestibular dan melibatkan orang dewasa yang tinggal di dalam komuniti dengan UPVD simptomatik yang telah disahkan. Kajian-kajian tersebut berbeza dalam cara mereka membandingkan rehabilitasi vestibular dengan cara pengurusan yang lain (contohnya, ubatan, penjagaan biasa atau perasat pasif), dengan intervensi kawalan atau plasebo atau dengan cara rehabilitasi vestibular lain. Satu lagi sumber variasi di antara kajian-kajian adalah penggunaan pelbagai ukuran hasil (contohnya, laporan pening, penambahbaikan keimbangan, penglihatan atau berjalan, atau keupayaan untuk turut serta dalam kehidupan harian.

Keputusan-keputusan utama

Oleh kerana variasi di antara kajian-kajian, hanya pengumpulan terhad (menggabungkan) data adalah mungkin. Keputusan empat kajian boleh digabungkan, yang menunjukkan rehabilitasi vestibular adalah lebih efektif daripada intervensi kawalan atau palsu dalam menambahbaik laporan subjektif pening, dan meningkatkan penyertaan dalam peranan hidup. Dua kajian memberi keputusan gabungan yang menyokong rehabilitasi vestibular untuk menambaikkan keupayaan berjalan. Kajian tunggal lain kesemuanya menyokong rehabilitasi vestibular untuk penambahbaikkan dalam bidang seperti keimbangan, penglihatan dan aktiviti kehidupan harian. Pengecualian kepada penemuan-penemuan tersebut adalah untuk kumpulan tertentu orang dengan BPPV, di mana perbandingan rehabilitasi vestibular dengan perasat memposisi semula fizikal yang spesifik menunjukkan perasat-perasat tersebut adala lebih efektif dalam pengurangan simptom pening, terutamanya untuk jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, kajian-kajia lain menunjukkan penggabungan perasat tersebut dengan rehabilitasi vestibular adalah efektif dalam memperbaiki pemulihan fungsi untuk jangka masa panjang. Tiada laporan kesan buruk berikutan sebarang rehabilitasi vestibular. Dalam kajian-kajian dengan penilaian susulan (3 ke 12 bulan), kesan-kesan positif dikekalkan. Tiada bukti yang menunjukkan satu jenis rehabilitasi vestibular lebih baik daripada yang lain. Terdapat lebih bukti yang konsisten untuk menyokong penggunaan rehabilitasi vestibular untuk orang dengan pening dan kehilangan fungsi akibat UPVD.

Kualiti bukti

Kajian-kajian tersebut secara keseluruhan berkualiti sederhana hingga tinggi tetapi berbeza dalam kaedah. Bukti adalah terkini sehingga 18 Januari 2014.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save