Ekstrak hawthorn boleh digunakan sebagai pilihan rawatan yang dimakan untuk kegagalan jantung kronik

Ekstrak hawthorn (yang diperbuat daripada daun-daun kering, bunga dan buah-buah pokok hawthorn) mungkin boleh digunakan sebagai rawatan yang dimakan untuk kegagalan jantung kronik. Dalam ulasan ini, 14 buta-berganda, plasebo kajian klinikal rawak terkawal (RCTs) telah dikenal pasti. Bukan semua menukur hasil yang sama dan beberapa daripadanya tidak menerangkan rawatan lain kegagalan jantung yang diterima oleh pesakit. Kajian boleh dimasukkan ke dalam meta-analisis yang menunjukkan peningkatan dalam simptom kegagalan jantung dan fungsi jantung. Oleh itu, keputusan kami dapat mencadangkan manfaat dari ekstrak hawthorn digunakan sebagai tambahan kepada rawatan konvensional untuk kegagalan jantung yang kronik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information