Kaedah-kaedah untuk meningkatkan kebersihan tangan pekerja penjagaan kesihatan untuk mengurangkan jangkitan dalam penjagaan pesakit

Apakah tujuan ulasan ini?

Untuk mengetahui apakah strategi-strategi yang boleh meningkatkan pematuhan pekerja penjagaan kesihatan terhadap cadangan-cadangan bagi penjagaan kebersihan tangan, sama ada mencuci tangan dengan sabun dan air atau penggunaan bahan gosok tangan berasaskan alkohol (ABHR), atau kedua-duanya. Ini adalah kemaskini bagi ulasan terbitan terdahulu.

Mesej-mesej utama

Pelbagai strategi intervensi tunggal dan gabungan strategy-strategi, yang kebanyakannya berdasarkan cadangan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), membawa kepada peningkatan pematuhan kebersihan tangan dalam kebanyakan kajian, tanpa mengambil kira persekitaran. Walau bagaimanapun, kepastian bukti berbeza-beza dari sangat rendah ke sederhana, bergantung kepada strategi. Apa yang masih kurang jelas ialah strategi atau gabungan strategi yang paling berkesan dalam konteks tertentu.

Apakah yang telah kami kaji dalam ulasan ini?

Mengikuti tradisi, penjagaan kebersihan tangan telah dianggap sebagai satu-satunya cara yang paling penting untuk mengurangkan jangkitan berkaitan dengan penjagaan kesihatan, kebanyakannya merebak melalui hubungan secara langsung, terutamanya hubungan daripada tangan pekerja penjagaan kesihatan. Banyak masa dan usaha-usaha diambil di seluruh dunia untuk menggalakkan penjagaan kebersihan tangan. Banyak strategi yang berbeza telah dicuba untuk meningkatkan pematuhan kebersihan tangan tetapi kaedah yang paling berkesan masih tidak pasti.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kami melibatkan 26 kajian dalam ulasan ini. Empat belas kajian menilai kejayaan kombinasi strategi yang berlainan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan pematuhan kebersihan tangan. Strategi terdiri daripada yang berikut: Peningkatkan ketersediaan produk-produk kebersihan tangan berasaskan alkohol, pelbagai jenis pendidikan untuk kakitangan, peringatan (tulisan dan lisan), pelbagai jenis maklum balas prestasi, sokongan pentadbiran dan penglibatan kakitangan. Enam kajian menilai pelbagai jenis maklum balas prestasi, dua kajian menilai pendidikan, tiga kajian menilai isyarat seperti tanda-tanda atau bau, dan satu kajian menilai penempatan ABHR.

Strategi multimodal (gabungan) yang merangkumi sesetengah, tetapi bukan semua strategi yang dicadangkan oleh WHO mungkin meningkatkan sedikit pematuhan kebersihan tangan dan mengurangkan sedikit kadar jangkitan (kepastian bukti rendah). Intervensi multimodal yang merangkumi semua strategi yang disyorkan oleh WHO boleh membawa kepada perbezaan yang sedikit atau tiada perbezaan langsung dalam kadar jangkitan Staphylococcus aureus rintang methicillin (MRSA) (kepastian bukti rendah), tetapi adalah tidak pasti sama ada pendekatan berasaskan WHO meningkatkan pematuhan kebersihan tangan atau mengurangkan kadar penjajahan kerana kepastian bukti-bukti ini adalah sangat rendah. Intervensi multimodal yang merangkumi semua strategi yang disyorkan sertai strategi-strategi tambahan mungkin sedikit meningkatkan pematuhan kebersihan tangan (kepastian bukti rendah). Tidak jelas sama ada intervensi yang dikukuhkan oleh WHO mengurangkan kadar jangkitan kerana kepastian bukti ini adalah sangat rendah..

Maklum balas prestasi mungkin mempertingkatkan pematuhan kebersihan tangan (kepastian bukti rendah) dan mungkin mengurangkan sedikit kadar jangkitan dan kadar penjajahan (kepastian bukti sederhana). Pendidikan mungkin meningkatkan pematuhan kebersihan tangan (kepastian bukti rendah). Isyarat, seperti tanda-tanda atau bau, mungkin sedikit meningkatkan pematuhan kebersihan tangan (kepastian bukti rendah). Meletakkan ABHR berhampiran tempat penggunaannya mungkin meningkatkan sedikit pematuhan kebersihan tangan (kepastian bukti sederhana).

Adakah ulasan ini terkini?

Pengarang-pengarang ulasan ini mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga Disember 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chin Ang (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi chinang_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save