Strategi psikologi untuk mengurangkan sakit dan distres untuk kanak-kanak dan remaja yang mendapat suntikan jarum

Perkara asas

Strategi psikologi membantu mengurangkan sakit, distres, dan ketakut jarum dalam kalangan kanak-kanak. Distraksi dan hipnosis membantu, walaupun pernafasan spesifik (seperti mengembungkan satu belon), dan menggabungkan pelbagai strategi psikologi boleh juga membantu.

Latar belakang

Strategi psikologi mempengaruhi bagaimana kanak-kanak berfikir atau apa yang mereka lakukan sebelum, semasa, atau selepas suntikan jarum. Ia boleh digunakan oleh kanak-kanak atau dengan sokongan ibu bapa atau staf perubtan, seperti jururawat, ahli psikologi, atau pakar kehidupan kanak-kanak. Maklumat tersebut terpakai untuk kanak-kanak berumur dua hingga 19 tahun yang sihat atau sakit, yang sedang menjalani semua jenis prosedur suntikan jarum di hospital, klinik atau sekolah.

Keputusan-keputusan utama

Untuk kemas kini ini, pada September 2017, kami mencari kajian klinikal mengenai strategi psikologi untuk mengurangkan sakit dan distres kanak-kanak dan remaja yang mendapat suntikan jarum. Kami menemui 59 kajian yang melibatkan 5550 kanak-kanak dan remaja. Dua puluh daripada kajian-kajian tersebut adalah baharu untuk kemas kini ini. Kami mendapati enam strategi psikologi, yang mana empat membantu mengurangkan sakit dan distres kanak-kanak semasa suntikan jarum. Ini termasuk distraksi, hipnosis, pernafasan spesifik, dan gabungan pelbagai strategi (‘gabungan tingkah laku kognitif’). Cara untuk distraksi kanak-kanak dan remaja semasa suntikan jarum termasuklah membaca, menonton filem, mendengar musik, bermain permainan video, atau realiti maya. Hipnosis melibatkan relaksasi dalam dan citraan, dan sering diajar kepada kanak-kanak oleh profesional terlatih. Contoh strategi yang boleh digabungkan termasuk distraksi, pernafasan, relaksasi, fikiran positif, kanak-kanak belajar atau berlatih langkah-langkah prosedur suntikan jarum, dan membimbing ibu bapa tentang cara untuk menyokong anak mereka. Strategi psikologi lain telah diuji tetapi tidak kelihatan membantu secara tunggal. Sebagai contoh, kanak-kanak tidaklah kurang sakit atau distres apabila mereka hanya diberitahu apa akan berlaku sebelum atau sewaktu suntikan jarum (‘memberi maklumat atau penyediaan atau kedua-duanya) atau apabila seseorang mencadangkan kepada kanak-kanak sesuatu sedang dilakukan untuk membantu mereka. Satu strategi lain adalah membantu kanak-kanak untuk mengingati suntikan jarum terdahulu dengan lebih positif. Tiada cukup maklumat untuk mengetahui sekiranya ini membantu.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti dari kajian-kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Kualiti bukti ulasan ini adalah sangat rendah hingga rendah, kerana keputusan mungkin bias dengan hanya menyertakan bilangan kecil kanak-kanak atau dengan kanak-kanak mengetahui intervensi psikologi mana yang mereka terima. Ini bermakna kami tidak pasti mengenai keputusan-keputusan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save