Diacerein untuk osteoartritis

Apakah osteoartritis dan apakah diacerein?

Osteoartritis (OA) adalah arthritis yang paling biasa dijumpai. Dalam OA, tulang rawan yang melindungi hujung tulang rosak dan menyebabkan kesakitan dan bengkak. OA boleh terjadi pada mana-mana sendi, tetapi lutut, pinggul dan tangan merupakan sendi yang paling kerap dikaji di dalam kajian klinikal. Dalam semua, 10% daripada populasi dunia berumur 60 atau ke atas mengalami kesakitan atau ketidakupayaan akibat daripada OA.

Diacerein adalah sejenis ubat yang bertindak balas secara perlahan yang diambil sebagai pil yang boleh melambatkan kerosakan rawan dan melegakan sakit dan bengkak.

Ulasan ini melibatkan kajian sehingga Mac 2013 mengenai osteoartritis primari yang melibatkan lelaki dan perempuan (berumur 18 dan ke atas) dengan sebarang tahap keterukan penyakit.

Ulasan menunjukkan dalam kalangan pesakit dengan osteoartritis:

- Kesakitan dapat dikurangkan dengan lebih banyak di kalangan pesakit yang mengambil diacerein.

- Penambahbaikan dari segi fungsi fizikal adalah sama di kalangan pesakit yang mengambil diacerein, - atau plasebo (pil palsu) Ini mungkin telah berlaku secara rambang.

- Diacerein boleh melambatkan process penyempitan ruang sendi pinggul tetapi mempunyai sedikit atau tiada perbezaan atas sendi lutut seperti apa yang ditunjukkan dalam x-ray.

- DIacerein boleh mengakibatkan kesan sampingan pada bahagian bawah saluran penghadaman, sepert cirit-birit.

Penyelidikan selanjutnya berkemungkinan besar akan membawa impak penting kepada keyakinan kami dalam menganggar kesan-kesan rawatan dan kemungkinan mengubah anggaran tersebut.

Anggaran yang terbaik dari apa yang berlaku kepada pesakit osteoartritis yang mengambil diacerein

Kesakitan selepas tiga sehingga 36 bulan

- Pesakit yang mengambil diacerein menilai kesakitan mereka sebagai 9 markah lebih rendah dalam skala 0 (tiada sakit) ke 100 (sakit melampau) selepas mengambil ubat tersebut selama tiga sehingga 36 bulan (9% penambahbaikan mutlak).

- Pesakit yang mengambil diacerein menilai kesakitan mereka sebagai 34 dalam skala 0 ke 100 selepas mengambil ubat tersebut berbanding dengan pesakit yang mengambil pil palsu dan menilai sakit mereka sebagai 43 markah dalam skala 0 ke 100.

Fungsi fizikal selepas dua sehingga 36 bulan (markah rendah bermakna fungsi buruk)

- Pesakit yang mengambil diacerein menilai fungsi fizikal mereka sebagai 0.30 lebih rendah dalam skala 0 ke 24 selepas mengambil ubat tersebut untuk dua sehingga 36 bulan (0% penambahbaikan mutlak).

- Pesakit yang mengambil diacerein menilai fungsi fizikal mereka sebagai 9.3 atas skala 0 ke 24 selepas mengambil ubat tersebut berbanding dengan pesakit yang mengambil pil palsu dan menilai fungsi fizikal mereka sebagai 9 dalam skala 0 ke 24.

Perkembangan radiografi - bagaimana sendi tersebut dinilai menggunakan x-ray (pengurangan dalam penyempitan ruang sendi untuk sekurang-kurangnya 0.5 mm)

- Penambahan tujuh pesakit yang mengambil plasebo mempunyai perkembangan radiografi (perbezaan mutlak 7%).

- 42 daripada setiap 100 pesakit yang mengambil diacerein mengalami pengurangan dalam penyempitan ruang sendi sekurang-kurangnya 0.5 mm berbanding dengan 49 daripada setiap 100 pesakit yang mengambil pil palsu.

Kualiti hidup

- Pengarang ulasan mendapati tiada kajian mengenai kualiti hidup pesakit yang mengambil diacerein berbanding dengan plasebo.

Tiada perbezaan wujud dalam kualiti hidup pesakit yang mengambil diacerein berbanding dengan ubat non-steroidal anti-imflammatory (NSAIDs). Ini mungkin telah berlaku secara rambang.

Kesan sampingan

- Penambahan 26 pesakit yang mengambil diacerein mengalami cirit-birit sebagai kesan sampingan (26% perbezaan mutlak).

- 36 daripada setiap 100 pesakit yang mengambil diacerein mengalami cirit-birit sebagai kesan sampingan berbanding dengan 10 daripada setiap 100 yang mengambil pil palsu.

Cirit-birit adalah kesan sampingan yang paling biasa dan lazimnya berlaku dalam dua minggu pertama selepas mula pengambilan diacerein.

Pesakit yang mengambil diacerein tidak lebih cenderung berbanding dengan pesakit yang mengambil plasebo untuk berhenti mengambil ubat tersebut disebabkan oleh kesan sampingan.

Pada November 2013, European Medicines Agency Pharmacovigilance Risk Assessment Committee (PRAC) mencadangkan behawa pemberian kuasa pemasaran diacerine patut digantung di Eropah kerana ubat ini menyebabkan bahaya yang lebih banyak daripada manfaat. Walaubagaimanapun, panduan ini adalah tidak muktamad lagi kerana cadangan PRAC akan diperiksa semula.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Chan MW (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Tools
Information