Peranti fluorida lepas perlahan untuk kawalan kerosakan gigi

Soalan ulasan

Kami menjalankan ulasan ini untuk menilai kesan pelbagai jenis peranti fluorida lepas perlahan bagi mencegah, menghentikan atau membalikkan progresi kerosakan gigi pada semua jenis permukaan gigi desidus (susu) dan gigi kekal.

Latar belakang

Kerosakan gigi tidak tertabur sama rata dalam populasi, sesetengah kumpulan lebih berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi berbanding yang lain. Misalnya, kajian di Scotland menunjukkan 50% kerosakan gigi terjadi dalam kalangan 11% kanak-kanak berumur lima tahun dan hanya 6% dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 14 tahun. Oleh kerana taburan tidak sekata ini, sering dicadangkan peratusan kecil kanak-kanak ini mungkin boleh ditawarkan langkah pencegahan sasaran karies untuk kesan potensi yang lebih besar, secara kos efektif. Salah satu langkah pencegahan ialah penggunaan peranti fluorida lepas perlahan (misalnya manik kaca lepas fluorida lambat larut)

Ciri-ciri kajian

Penulis dari Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan kajian yang sedia ada dan bukti adalah terkini sehingga 23 Januari 2018. Kami mencari pangkalan data saintifik kajian klinikal dalam kalangan kanak-kanak atau orang dewasa yang dirawat dengan peranti fluorida lepas perlahan berbanding dengan rawatan fluorida jenis lain (misalnya ubat gigi, ubat kumur mulut, gel atau varnis), plasebo (rawatan palsu), atau tiada rawatan (penjagaan biasa). Rawatan hendaklah diguna dan dipantau untuk minimum satu tahun.

Keputusan utama

Kami mendapati satu kajian rawak melibatkan 174 kanak-kanak yang diberi manik kaca lepas fluorida lambat larut atau manik plasebo. Persekitaran kajian adalah sekolah di kawasan dalam bandar dengan bekalan air yang rendah fluorida. Hanya 48% kanak-kanak mengekalkan manik tersebut dan membolehkan analisis.

Tiada cukup bukti untuk menentukan sama ada peranti fluorida lepas perlahan (misalnya manik kaca) membantu mengurangkan kerosakan gigi. Pengekalan manik adalah satu masalah.

Kualiti bukti

Bukti berkaitan peningkatan karies, kesan sampingan dan pengekalan dianggap berkualiti sangat rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan tenatang terjemahan ini silan hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information