Terapi bisphosphonate untuk osteogenesis imperfecta

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti-bukti tentang kesan dan keselamatan bisphosphonates dalam meningkatkan ketumpatan mineral tulang, mengurangkan risiko tulang patah dan meningkatkan fungsi klinikal dikalangan pengidap osteogenesis imperfecta. Ini merupakan kemaskini terbaru untuk ulasan Cochrane yang diterbitkan sebelum ini.

Latar belakang

Osteogenesis imperfecta juga dikenali sebagai penyakit tulang rapuh. Ia merupakan satu penyakit genetik yang dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak tetapi juga boleh berlaku pada kanak kanak yang tiada sejarah keluarga. Pengidap penyakit ini berisiko mengalami keretakan atau patah tulang panjang yang kerap ataupun tulang belakang mereka mereput dan runtuh. Setakat ini tidak ada rawatan untuk menyembuhkan osteogenesis imperfecta dan rawatan yang ada hanyalah untuk membantu keadaan pesakit setakat yang boleh.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini hingga : 28 April 2016.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini melihat kepada kajian yang melibatkan kumpulan ubat yang dikenali sebagai bisphosphonates yang biasanya digunakan untuk merawat osteoporosis. Ianya digunakan dalam osteogenesis imperfecta untuk cuba mengurangkan risiko patah tulang bagi individu yang terlibat.

Sebanyak 14 kajian disemak, dan kebanyakannya tidak menunjukkan pengurangan yang tulang patah yang banyak bagi individu yang terlibat apabila dirawat dengan bisphosphonates.

Hasil utama

Setiap kajian secara berasingan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepadatan mineral tulang selepas rawatan dengan bisphosphonates secara oral atau intravena. Sakit tulang, pertumbuhan tulang dan kualiti hidup tidak dilaporkan secara terperinci di dalam kajian kajian ini dan kesan rawatan ubat ini memerlukan kajian yang lebih lanjut. Keberkesanan jangka panjang dan keselamatan bisphosphates, serta dos dan tempoh terapi, memerlukan penilaian lebih lanjut.

Kualiti bukti

Kebanyakan kajian yang dianalisa adalah kecil dan tidak cukup kuasa untuk menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik dalam banyak hasil yang diukur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information