Antibiotik untuk batuk produktif berpanjangan dalam kalangan kanak-kanak

Latar belakang

Batuk adalah simptom yang lazim apabila berjumpa doktor. Cadangan semasa mengesyorkan rawatan batuk produktif berpanjangan dengan antibiotik. Kami mengkaji sama ada antibiotik berguna dalam merawat kanak-kanak yang mengalami batuk produktif berterusan.

Ciri-ciri kajian

We memasukkan kajian rawak terkawal yang membandingkan antibiotik dengan plasebo (rawatan palsu) atau kumpulan kawalan. Kanak-kanak yang dimasukkan dalam kajian-kajian tersebut mempunyai batuk produktif selama lebih dari 10 hari.

Bukti adalah terkini sehingga September 2017.

Kami mendapati tiga kajian yang berbeza dalam kaedah termasuk antibiotik berbeza (dua kajian menggunakan amoxicillin/asid clavulanate dan satu menggunakan eritromisin) dan tempoh rawatan adalah 7 atau 14 hari.

Purata umur kanak-kanak adalah dari 21 bulan sehingga 6 tahun.

Keputusan-keputusan utama

Ulasan ini, melibatkan 190 kanak-kanak dengan batuk produktif berterusan, mendapati antiobitik adalah bermanfaat dalam merawat batuk tersebut. Kadar penyembuhan adalah seorang kanak-kanak bagi setiap tiga orang yang dirawat. Antibiotik juga mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk, justeru, mengelakkan pengambilan antibiotik lanjutan, bagi seorang daripada setiap empat orang kanak-kanak. Kami mendapati tiada bukti jelas sama ada antibiotik berkait dengan lebih banyak kesan sampingan. Kami tidak dapat menilai keputusan jangka panjang.

Kebolehpercayaan bukti

Kebolehpercyaan bukti adalah sederhana apabila antibiotik diguna untuk merawat batuk dan perkembangan penyakit, namun adalah rendah untuk kesan sampingan ubatan.

Mesej dibawa pulang

Antibiotik berkesan merawat kanak-kanak dengan batuk produktif kronik (lebih dari empat minggu) dan boleh dipertimbangkan apabila mereka berjumpa doktor.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save