Intervensi farmakologi untuk sakit dalam kalangan pesakit dengan gangguan temporomandibular.

Gangguan temporomandibular (TMD) adalah gangguan yang mempengaruhi sendi di antara tulang temporal di kedua-dua belah kepala dan tulang mandibular (rahang) muka serta otot-otot berkaitan. Sakit adalah ciri khusus TMD dan menjadi sebab utama untuk mendapatkan rawatan.TMD boleh juga melibatkan bunyi di sendi atau pembatasan fungsi rahang atau kedua-duanya.Pelbagai ubatan diguna untuk merawat sakit akibat gangguan temporomabndibulat (TMD).  Ini termasuklah ubat tahan sakit biasa (analgesik) dan ubat yang mengurangkan keradangan dan merawat sakit (contohnya ubat anti-radang bukan steroid, kortikosteroid).  Ubatan (dipanggil benzodiazepam) kadangkala diguna untuk mengurangkan ketegangan dan kekejangan otot yang dipengaruhi oleh TMD.  Tambahan juga, beberapa ubat antidepresan (dipanggil antidepresen trisiklik) diguna dalam dos yang rendah untuk membantu pesakit TMD dan dianggap berkesan kerana dapat mengurangkan ketegangan otot dalam kalangan pesakit yang mengisar gigi. Ulasan ini tidak menemukan bukti cukup untuk membuat keputusan ubatan yang mana berkesan untuk mengurangkan sakit akibat TMD kronik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save