rawatan sinaran perubatan dada awal (kurang daripada 30 hari selepas kemoterapi) atau lambat (lebih daripada 30 hari selepas kemoterapi) untuk pesakit kanser sel kecil paru-paru yang terhad

Antara 7% dan 8% kanser paru-paru adalah jenis yang dikenali sebagai tumor sel kecil yang terhad. Orang yang mempunyai jenis kanser ini mempunyai peluang yang terhad untuk disembuhkan dengan kemoterapi dan radioterapi. Ia tidak diketahui tempoh masa optimum untuk memberi radioterapi dada dan hubungkait dengan permulaan rawatan kemoterapi. Ulasan ini menunjukkan bahawa tidak jelas sama ada mengendalikan radioterapi dada dalam tempoh 30 hari kemoterapi awal atau kemudian meningkatkan kelangsungan hidup. Kesan terhadap kelangsungan hidup pesakit tidak berbeza secara statistik, walaupun terdapat kemungkinan bahawa kesan itu berpihak kepada radioterapi dada awal. Tafsiran data terkini adalah sukar dan kajian lanjut diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information