Magnesium sulfat bagi wanita yang mempunyai risiko kelahiran pramatang untuk perlindungan neuro janin

Magnesium sulfat yang diberikan kepada wanita yang mempunyai risiko kelahiran pramasa membantu melindungi otak bayi dan meningkatkan hasil jangka panjang

Bayi yang dilahirkan terlalu awal (pramasa) mempunyai risiko kematian lebih tinggi dalam minggu pertama daripada bayi yang dilahirkan pada jangka, dan mereka yang hidup selalunya mempunyai kerosakan dalam bentuk palsi serebral (satu gangguan berupa keupayaan untuk menggerakkan tangan atau kaki dengan biasanya berkurangan), buta, pekak atau kecacatan fizikal. Ini boleh menyebabkan kebimbangan besar bagi ibu bapa. Magnesium adalah elemen penting yang perlu untuk fungsi-fungsi badan yang normal. Magnesium sulfat boleh membantu untuk mengurangkan kerosakan kepada otak bayi premasa. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kesan buruk pada ibu dalam bentuk kemerahan pada kulit, berpeluh, loya, muntah, sakit kepala dan denyutan jantung yang pantas (palpitasi). Ulasan ini mengenal pasti lima kajian melibatkan 6145 bayi dan menunjukkan bahawa terapi magnesium sulfat dapat melindungi otak bayi pramasa daripada palsi serebral.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information